Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 9 April 2014

Post Wedding Photoshoot


Assalamualaikum w.b.t
Bila ada kelapangan barulah ada masa untuk update blog,
ini pon pinjam laptop suami sebab laptop sendiri buat hal pulak..hadoyaiiii

Okeh semua, sambungan dari entry sebelumnya, after kenduri di dewan kitaorg memang tak g shoot dengan pakaian pink tu..sayangnya lahhh..rugi..rugi..rugi
Sebab penat sangat waktu tu, terus balik rumah, photog pon dah penat n balik awal.

Kitaorg rancang nak shoot keesokan harinya, cian pulak hubby nak kena pakai pakaian pengantin yang panas tu, so, saya cadangkan supaya hubby pakai kemeja putih ja..saya rotate semula baju akad nikah..hehe

Tempat untuk shooting, photog yang carikan.
Kitaorg shoot di Spice Garden, Penang...atas sikit dari Hotel Hard Rock.
Taman nie bertentangan dengan Pantai Batu Feringghi, so memang excited gila nak shoot tepi pantai pulak.

Sebelum tu, saya tak buat pre-wed photoshoot sebab....
sebabnya macam tak elok bila takda ikatan lagi tapi dah bergambar mesra dengan bakal suami/isteri.
Tak manis dipandang orang dan paham-paham sendiri lah ye...hehe

Gambar dibawah nie malas gila nak edit so saya  resizekan ukurannya sahaja.
So, enjoy gambar gedik kitaorg berdua..keh3

























Part gambar candid pulak..hehe

Pengantin main pasir

nakalnya awak abang

kantoi bergambar dua..hehe

Best sangat perasaan selepas kawen,
kalo ada masalah, ada tempat mengadu, kalo sedih, ada bahu untuk nagis..best sangat tauuuu.
Bole dating 24 jam dengan cinta hati...jangan jeles
Jangan muntah pulak ya tengok gambar-gambar nie..hehe
next, nak update tentang honeymoon Bali n Medan pulak.

Sebelum terlupa, area Penang kalo nak photog nie bole cntc melalui FB: AzizulHanif Photography okeh.


Sabtu, 5 April 2014

Majlis perkahwinan 2014


Assalamualaikum w.b.t
Yeayyy...akhirnya siap jugak edit gambar untuk entry ini.
Sebenarnya bukan apa, perasaan membuak-buak nak hupdate laju-laju blog tapi apakan daya, perasaan malas nak edit gambar tu dah membiak berjuta lemon dalam diri..nasib badan

Sebelum tu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan facebook, kawan whatsapp, kawan wechat, kawan sekampung, kawan tuisyen dan kawan universiti yang sudi datang ke majlis saya februari lepas.

Memang meriah n sangat meriah suasana haritu..nak masuk dewan pon rasa gementar sebab jadi tumpuan dan banyak mata yang melihat..huhu maluuuuu

Selepas selesai akad nikah, bergambar kejap then rushing balik ke rumah,
Tukang makeup dah ada kat rumah dah tunggu lebih kurang 20 minit...cian dia
sampai je rumah terus bersiap-siap dengan laju dan terus makeup...agak terkejar-kejar sikit sebab semua benda buat dalam masa satu hari.

Selesai makeup, terus ke dewan, sampai je dewan tegok ramainya orang.
dup..dap..dup..dap

majlis diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Kampus Pendidikan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

orang kuat majlis..of coz ayahku yang ensem dan emakku yang cantik.

kereta ayah jadi kereta pengantin

Bersedia and go

Berarak masuk ke dewan diiringi oleh keluarga sebelah lelaki.

Yeayyy...ada kejutan, memang tak tau langsung ada asap sembur-sembur macam theater gituww
Terima kasih buat majlis nie jadi special.

zoom out

zoom in

Pelamin digunakan untuk sesi bergambar sahaja, tak bersanding sebab 
dalam Islam melarang meniru agama lain.
Dimulakan dengan sesi bergambar family suami sebelum makan.

Ayah dan emak mertua serta sedara emak mertua.

Abang ipar no 3 dan biras Johor

Abang ipar no 4 dan biras Kelantan

Abang ipar sulung dan anak-anak

Adik bongsu suami

Sebenarnya ada lagi biras KL, Perak dan Sarawak yang tak bergambar, Seluruh negeri ada. 
Selesai bergambar, masa untuk makan.

so nyummyy

Adegan suap menyuap

Suasana majlis yang begitu meriah.

Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan

Jemputan seribu orang.

Pelamin simple

Laluan karpet merah



Selesai makan...bermulalah sesi bergambar dengan rakan-rakan semua...meriah oooo
Happy sangat dapat jumpa member sekolah..dah lama tak jumpa.
Banyak yang lost contact.

kawan suami yang macam kawan saya sendiri

Terima kasih korang

member sekolah menengah + sekolah rendah

Group datang lewat nie..haha

Member Uitm

Member Uitm

candid picture

next pasangan..haha

Selesai semuanya baru teringat yang terlupa potong kek,
Barulah terhegeh-hegeh g potong kek..kah3

potong kuihnya

lapaq benor pegantin nie.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna sekali, jutaan terima kasih kepada sahabat yang datang, yang tak bole datang tetapi mendoakan ktorang..yang beri hadiah yang sanagt banyak..terima kasih sangat-sangat.

Rasa terhutang budi pulak dengan korang semua, jangan marah andai aku tak dapat hadir kenduri korang nanti, sebab aku jauh di kuantan..hehe
dah ada suami mestilah patuh calap suami kan.

Maaf jika ada kekurang dari segi makanan atau layanan.
Insyallah jika ada jodoh kita ketemu lagi.

Terima Kasih semua, doakan aku cepat-cepat ada baby pulak..haha