Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 5 April 2014

Majlis perkahwinan 2014


Assalamualaikum w.b.t
Yeayyy...akhirnya siap jugak edit gambar untuk entry ini.
Sebenarnya bukan apa, perasaan membuak-buak nak hupdate laju-laju blog tapi apakan daya, perasaan malas nak edit gambar tu dah membiak berjuta lemon dalam diri..nasib badan

Sebelum tu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan facebook, kawan whatsapp, kawan wechat, kawan sekampung, kawan tuisyen dan kawan universiti yang sudi datang ke majlis saya februari lepas.

Memang meriah n sangat meriah suasana haritu..nak masuk dewan pon rasa gementar sebab jadi tumpuan dan banyak mata yang melihat..huhu maluuuuu

Selepas selesai akad nikah, bergambar kejap then rushing balik ke rumah,
Tukang makeup dah ada kat rumah dah tunggu lebih kurang 20 minit...cian dia
sampai je rumah terus bersiap-siap dengan laju dan terus makeup...agak terkejar-kejar sikit sebab semua benda buat dalam masa satu hari.

Selesai makeup, terus ke dewan, sampai je dewan tegok ramainya orang.
dup..dap..dup..dap

majlis diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Kampus Pendidikan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

orang kuat majlis..of coz ayahku yang ensem dan emakku yang cantik.

kereta ayah jadi kereta pengantin

Bersedia and go

Berarak masuk ke dewan diiringi oleh keluarga sebelah lelaki.

Yeayyy...ada kejutan, memang tak tau langsung ada asap sembur-sembur macam theater gituww
Terima kasih buat majlis nie jadi special.

zoom out

zoom in

Pelamin digunakan untuk sesi bergambar sahaja, tak bersanding sebab 
dalam Islam melarang meniru agama lain.
Dimulakan dengan sesi bergambar family suami sebelum makan.

Ayah dan emak mertua serta sedara emak mertua.

Abang ipar no 3 dan biras Johor

Abang ipar no 4 dan biras Kelantan

Abang ipar sulung dan anak-anak

Adik bongsu suami

Sebenarnya ada lagi biras KL, Perak dan Sarawak yang tak bergambar, Seluruh negeri ada. 
Selesai bergambar, masa untuk makan.

so nyummyy

Adegan suap menyuap

Suasana majlis yang begitu meriah.

Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan

Jemputan seribu orang.

Pelamin simple

Laluan karpet merah



Selesai makan...bermulalah sesi bergambar dengan rakan-rakan semua...meriah oooo
Happy sangat dapat jumpa member sekolah..dah lama tak jumpa.
Banyak yang lost contact.

kawan suami yang macam kawan saya sendiri

Terima kasih korang

member sekolah menengah + sekolah rendah

Group datang lewat nie..haha

Member Uitm

Member Uitm

candid picture

next pasangan..haha

Selesai semuanya baru teringat yang terlupa potong kek,
Barulah terhegeh-hegeh g potong kek..kah3

potong kuihnya

lapaq benor pegantin nie.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna sekali, jutaan terima kasih kepada sahabat yang datang, yang tak bole datang tetapi mendoakan ktorang..yang beri hadiah yang sanagt banyak..terima kasih sangat-sangat.

Rasa terhutang budi pulak dengan korang semua, jangan marah andai aku tak dapat hadir kenduri korang nanti, sebab aku jauh di kuantan..hehe
dah ada suami mestilah patuh calap suami kan.

Maaf jika ada kekurang dari segi makanan atau layanan.
Insyallah jika ada jodoh kita ketemu lagi.

Terima Kasih semua, doakan aku cepat-cepat ada baby pulak..haha


2 ulasan:

081310203084 berkata...

Www.GarisBuku.com Online Book Store is the cheapest place online shopping book built to sell products best seller. (Online Bookstore www.GarisBuku.com) Depok - 081 310 203 084 - Email: office@garisbuku.com

081310203084 berkata...

Toko Buku Online www.GarisBuku.com adalah tempat belanja buku online termurah yang dibangun untuk menjual produk-produk buku best seller. ( toko buku online www.GarisBuku.com ) Kota Depok - 081310203084 - Email : office@garisbuku.com