Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 26 Mei 2014

Honeymoon Medan, Indonesia



Assalamualaikum w.b.t
ho ho yehhhh, akhirnya baru TERASA rajin nak update.
Untuk entry kali nie, nak story mory sikit la tentang honeymoon ktorg yang disponsor oleh membe suami.
Alhamdulillah murah rezeki, hadiah kawen yang tidak diduga daripada seorang sahabat.
Haishh tetiba jeles pulak bila suami ada kawan yang baik camtu,
sedangkan saya..hurmmm no komen

Macam biasalah naik Air Asia, tapi kali nie ktorg naik dari Penang.
Ada can pulak tu balik kampung..double jalan-jalan jadinya.
Dari Penang ke Medan mengambil masa 45minit..kejap je...dekat je.
Bontot pon tak sempat panas dah nak mendarat.

Semasa dalam flight sempat berkenalan dengan orang sebelah,
then, dia tanya ktorg nak ke bandar Medan naik apa, saya cakaplah nanti amik teksi.
Dari airport baru ke bandar Medan mengambil masa sejam lebih.
Dia pon cakap jangan amik teksi sebab bayaran mahal, lebih baik naik bas, murah.
so, dia yang guide ktorg naik bas semua...sangat baik hati.

Terang lagi bersuluh, naik bas sangat murah dalam RM 3.50 seorang.
Kalo lah ktorg naik teksi, dalam RM 60 tak silap satu trip...ohhh rugi rugi rugi

Inilah bas yang ktorg naik..waktu Medan n Malaysia sama..so senang tengok jam.
Cuma waktu solat cepat satu jam dari Pulau Pinang.

Van penmpang sangat banyak.

Bas tersebut akan berhenti di Medan Mall, kiranya perhentian terakhir disitu.
So, ktorg pon turun n jalan-jalan dalam Medan Mall.

makan-makan dulu.

Banana split dia super sedap, aiskrim durian n kelapa..tepi tu kuih kepit rare sangat.

Selepas makan, ktorg membeli-belah pulak barang makanan..saja buat stok sepanjang berada di Medan.
Dalam Medan Mall nie, ada Carefour.





Jalan punya jalan tetiba lapar lagi..ktorg singgah makan di Teller 77 ntuk menjamah makanan.
Makanan famous disini of coz es teller.
Harga boleh tahan, tak murah tak mahal.



Ya Allah..sedapnyaaaa

Keesokan hari, bermula lah perjalanan ktorg ke Danau Toba,
Danau tu bermaksud Tasik..Tasik Toba.
Supir datang menjemput di hotel dan mulakan perjalanan,
Anggaran masa selama 4jam dari Bandar Medan ke Danau Toba.
jauh sangat, ktorg tido bangun semula tido balik pon tak sampai lagi.

comel kan.

kuat sebenarnya wanita diorg.

Inilah Danau Toba..kawah gunung berapi yang sangat luas.

Ini pula batu tergantung..adalah kisah dongeng tentang batu nie.

Menikmati kopi panas, cuaca sangat sejuk macam Genting Highland.
Tambah pula permandangan yang cantik..best sangat.
Ada lagi..tambah pula bersama orang tersayang..hewhewhew

Sampai sudah di hotel dan check in.

Feri untuk melawat sekitar tasik.

Hotel bertentangan tasik.


bergambar dulu

Makan tengahari dulu sebab lapar giloss..dari pagi tak makan.

Nasi padang.

Selepas makan tengahari, balik ke hotel dan berehat.
Petang pula, ktorg naik feri ke pulau seberang.
Perkampungan batak.

Pasar buah


Tetiba saya nampak cam gemuk pendek..haha

suasana dalam feri

Siap ada orang jual-jual..nak makan mee segera pon bole

sampai sudah di perkampungan batak


Banyak sangat kedai cenderahati disini,
Tapi ktorg ada kisah sedih bila ditipu oleh penjual disini.
Bayangkan 2 helai baju, sehelai baju budak, sehelai palazzo n kain sarung berharga RM 400++
memang tak masuk akal..bila ktorg tolak marah n kurangkan harga.
so, ktorg letak la barang tu tak nak amik, bole pulak dia amik plastik dan masukkan dalam plastik,
siap tarik-tarik suruh bayar..ktorg memang rasa panas ja dengan makcik nie.
so, nak selesai cara baik ktorg pon amik tapi bayar dalam RM 60 sahaja.
Part paling sakit hati bila jalan-jalan sekitar Bandar Medan, jumpa barang yang sama,
kira-kira tak sampai RM 50 pon..panas..panas

Rmah kaum batak..still ada penghuni

Selepas selesai melawat perkampungan batak..ktorg kembali ke seberang.
Lama jgak atas bot..paling takut sebab takda jeket keselematan.
Dah la dua-dua tak pandai berenang..huhu


Cantik kan pemandangan sini.

Malam pulak, takda aktiviti apa-apa, juz kuar makan dan main tepi tasik dengan supir.


Makan malam ktorg, bakso super sedap..hamikkkk satu mangkuk tak cukup.
saya sorang makan sampai dua mangkuk.

fruit tea fav saya..sambil tengok rancangan nyanyian ala-ala AF

Inilah yang ktorg buat tepi tasik..main tangkap-tangkap ikan, sekali dapat belut.

Keesokan, bersiap-siap barang, check out untuk pulang ke Medan,
Otw ke Medan ktorg berhenti bergambar sambil melihat permandangan yng begitu indah.
Sebenarnya, ke Brastagi dulu..hehe

rilex nampak

Tengok nie..rindu kampung.

melawat ladang kopi.

Durian Medan sangat famous..bertangkai panjang.

haha..malu-malu

cantik sangat permandangan sini.

Tengah panas pon nak bergambar

Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya sampai jugak ke tempat yang ditujui.
Air terjun si piso-piso..comel sangat nama.
Sebenarnya ada tangga untuk ke air terjun tu, tapi dari atas ktorg tengok tangga tu dah macam
 tembok besar cina, punyalah panjang..tak sanggup eden.
So, bergambarlah dari atas.

Ya Allah, cantik sangat..siap ada pelangi lagi.

Bermulalah sesi bergambar.





Teruskan perjalan untuk melihat gunung berapi.
Sepanjang perjalanan, pemandangannya masyAllah sangat indah.



Di Brastagi cuaca seperti cameron..sebab tu ada ladang strawberry.
Satu peket berharga RM 2

Sampai sudah di puncak bukit untuk melihat gunung berapi dari jauh.
Masalahnya nasib tidak menyebelahi ktorg..gunung berapi tak jelas dari pandangan mata kasar
disebabkan jerebu yang teruk...huhu


Daripada datang nak tengok gunung berapi, tetiba berkenan pulak dengan kuda.
Apa lagi, bermulalah sesi berjalan-jalan naik kuda..best ooo




Setelah penat plus nervous sangat naik kuda takut jatuh..ktorg singgah kedai makan untuk lunch.
Di Medan takda masalah dari segi memilih tempat makan, boleh dikatakan
 semua orang disini beragama islam.


first time rasa ikan nie terus jatuh hati..kenapa sedap sangat..nak resepi.

Itulah perjalanan ktorg dari Medn ke Danau Toba kemudian ke Brastagi, 
akhir sekali kembali ke Bandar Medan. Disebabkan esok dah nak balik Malaysia.
Bermulalah sesi memburu barang..seronok sangat shopping macam orang yang takda masalah ja..haha
Destinasi ktorg untuk shopping of coz pajak ikan n Medan Plaza.
Dari hotel ktorg amik beca ke sana, tambang dalam RM 1.50 seorang.




Pajak ikan, bole gila shopping sini.
saya beli shawls banyak sebab sangat murah, sehelai RM 6..kalo sini orang jual RM 15..see

Di luar Medan Plaza..banyak jugak orang berniaga.

Keadaan yang sangat sibuk


Super duper sedap sampai termimpi-mimpi keenakannya.

Berakhirlah percutian ktorg..esoknya tengahari diantar oleh supir ke airport.
Sampai ja airport, ktorg terus memburu makanan sebab lapar sangat
ktorg cuba makan bakso lapangan tembak senayan.
Sumpah sangat sedap.plus jus avocado juga sedappppp.



Jus avocado



Akhirnya tiba masa untuk pulang ke Malaysia.
Seronok sangat percutian ktorg kali nie...terima kasih banyak-banyak kepada membe yang sponsor.
Tak tau nak balas macam mana nanti.

ktorg ada juga singgah beli kek lapis medan.sangat popular jenama Zulaikha nie.

Airport baru

Bye-bye Medan, sampai ketemu lagi.