Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 4 September 2014

DIY: Bedroom decor (rumah mertua)


Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama menghilang, akhirnya kembali..rasanya dah hampir 4 bulan tak hupdate blog nie,
maafkan saya blogku sayang, takde masa nak hupdate setelah bekerja dan mendirikan rumah tangga,
Tambahan pula, berkongsi laptop dengan suami, tapi sekarang nie, laptopku dah kembali pulih.
Alhamdulillah.

Memandangkan laptop dah pulih, laju je saya update, dalam perancangan nak update pasal kerja baru yang tak baru sangat tapi ter' update pulak pasal decor nie.
Tak dinafikan impian selepas berkahwin mestilah nak ada rumah sendiri kan,
tetapi memandangkan rezeki yang tak mengizinkan, still duduk dengan mertua.
 siapa cakap duduk rumah mertua tak boleh decor rumah,
nak decor rumah besar sangat..haha, decor bilik pon jadilah.

Semua ini terjadi setelah dua tiga bulan membelek catalog IKEA.
Tengok itu teringin, tengok ini teringin..kebetulan suami ajak g kenduri di klang,
so, sambil menyelam minum air lah..kita ajak suami ke IKEA.
Mulanya cakap pada suami, nak tengok-tengok jerrrrrrr
siap pesan pada suami ' kalau sy terbeli barang, tolong ketuk tangan sy'
nampak gayanya tak sempat suami nak ketuk sebab dia kena pegang barang-barang tu..hehe
sorry abang, ini untuk bilik kita jugak..tehee

Mulalah misi menghias bilik yang memakan masa selama 2 hari.
Kita mulakan dulu dengan kerja-kerja D.I.Y

Projek 1:frames

Saya gunakan kertas biasa, printkan gambar yang kita nak..then potong.

Masukkan kedalam frame berkaki dari IKEA nie..frame nie berharga (RM 2.50) jer.

Lagi satu letakkan dalam frame jenis lain.


Projek 2: Pillow

Step pertama, pilih corak yang kita nak..kemudian print dan potong mengikut bentuk corak tersebut.

Step no 2, gunakan sutera saring, warna dan sequji untuk printkan corak tadi di atas kain.
Teknik nie dinamakan silkscreen printing.

Selepas siap, keringkan..kemudian saya tampal batu-batu untuk jadikan necklace untuk rusa.
Potong bentuk empatsegisama dan jahit..saya jahit guna tangan je sebab takda mesin.
kemudian, masukkan kapas dan jahit penghabisan..siappp..mudah jer.
Ohh ya, kain baldu nie dibeli di KAMDAR (RM 24) semeter.
Sarung bantal hitam geometri tu pon bole dapatkan di KAMDAR.

Ini adalah decor keseluruhan bilik.

Gambar nie diambil waktu bantal baldu blom siap lagi.Banyak benda belom letak.Suasana waktu malam.

Suasana waktu siang.

Huruf kayu MK tu dibeli di PARKSON (RM 9.90)
Ramai dah tanya saya beli mana,

Box putih tu sebelumnya berwarna dark brown n cream..punyalah nak bagi sama tema.
saya spray jadikan putih. 

tanam anak taugeh..hehe

Nak meja solek nampak menarik lagi, saya tambahkan lampu ala-ala meja makeup model di backstage gituewww

Bunga nie sumpah cantik sangat..bekas lilin beli di Romantika KB
murah saja (RM 12)


Ini pulak tempat saya tampal jadual n kertas.

Lastly, mehh tengok before n after.
Beza memang berbeza kan..(puji diri sendiri)

Apa perasaan korang bila suami masuk bilik n cakap ' wahhh syg, bilik kita macam hotel lah'
hehe..BEST KAN..projek memikat suami...ahakss


Sebelum mengakhiri entry kali nie, nak bagi tips how to decorate your room,
supaya nampak berbeza dari biasa, yang penting simple tetapi nice.

Benda utama yang perlu diubah adalah cadar katil dan langsir.
Lagi cantik kalo cadar tidak bercorak, hanya bantal kecil saja bercorak.
Cadar katil 1 warna nie bole dapatkan jenama AKEMI , sangat selesa 100% cotton.
Kalo nak murah belilah waktu diskaun, macam saya.

Langsir pulak takda halangan kosong boleh, corak pon boleh, 
saya suka yang kosong berbanding corak.
Langsir saya under RM 50, saya beli yang murah dapat 4 keping langsir.

Keduanya memainkan peranan yang sangat penting..sangat-sangat.
Setelah ubah keduanya, bole lah kita tambah element wow..
element yang menarik perhatian mata..contohnya saya letak 
alas bulu-bulu, bunga tiruan yang nampak hidup dan lampu berkaki dari IKEA.
Selain itu, bantal kecil penghias katil juga perlu..lagi bagus kalo warna berbeza-beza.

Ok lah itu saja untuk entry kali ini...TQ


Tiada ulasan: