Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 31 Oktober 2014

Raya 2014



Salam Aidilfitri daripada keluarga Hj. Nordin dan Hjh. Rohani


Rabu, 1 Oktober 2014

Berat badan


Assalamualaikum w.b.t

Haishhh..awal-awal dah mengeluh kan,
so, entry kali nie nak cerita sikit pasal berat badan,
Untuk pengetahuan semua, sebelum nie saya ada masalah dengan 'ringan badan' haha
kalau cakap berat badan macam tak logik pulak sebab badan sekeping je.

Saya pon asyik emo je bila orang mempersoalkan saya tentang tubuh saya,
kenapa kurus sangat?? tak makan ke?? asal keding??kurus keding tak cantik??
habis awak tu cantik sangat kerrr?? haha (jahatnya ayat aku)
disini saya nak bagitau itu bukan masalah tak makan ok, tapi masalah metabolisma tinggi.
makan tak sampai sejam dah nak ........ paham-paham lah

Nak dijadikan cerita, lepas tunang ada lagi 6 bulan untuk kawen,
saya dah nekad nak tambahkan berat badan.
Pada waktu tu saya amalkan set daripada shaklee, boleh tahan lah.
Berat naik tapi kalo kurang makan cepat je turun semula.

Still tak puas hati, saya beli pulak pil gemuk untuk gemukkan badan.
Memang berhasil sebulan naik 2kg..tapi ada masalah lain.
Makan pil gemuk menyebabkan perut saya cepat buncit dan masalah kesihatan lain.
nampaknya ada side effect makan pil gemuk tu.
Then,terus stop makan.

Sebelum makan shaklee n pil gemuk berat saya 42-43kg dengan ketinggian 164cm
Sangat-sangat kuruihh okeh..nampak macam tiang letrik
lepas makan supplement berat saya dah cecah 45kg...itu pon dah cukup buat saya gumbira.
Kiranya saya berkahwin dengan berat 45kg/164cm

Gambar semasa bujang, belom berkahwin:

sooooo kedinggggg dingg
waktu nie berat 40kg sebab busy dengan final

Inilah saya semasa kahwin plus heels 3inci/ berat 45 kg

Selepas berkahwin beberapa bulan bayangkan berat saya cecah 49kg..wowwww
Orang yang kurus je paham n nasihat saya, sabarrrrr nanti kawen berat naiklah,
so, kesimpulannya memang tepat apa yang diorg cakap.
Lepas kawen naik mendadak myb happy dengan orang tersayang.


Waktu nie nampak comel sikit lah..haha (perasan)

Then, masuk pulak bulan puasa...berat memang jatuh mendadak.
Daripada 49kg tinggal 47.4kg..maintain sampailah sekarang.
Gambar semasa raya :)

Gambar terbaru:



Nasihat saya bagi sesiapa yang keding macam saya,
1st kena sabar..2nd sabar..3rd pon sabar...hehe
sebab kesabaran adalah kunci utama.


Gambar terbaru

Saya sangat bersyukur dan happy sangat dengan berat badan sekarang.
Walaupon still nampak keding tapi, ada aku kisah??
Tak kisah pon pasal semua tu yang penting ada orang sayang..ye dokkk
Biarlah cantik dimata suami sahaja.