Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 14 Disember 2014

Mencari perabot terpakai di Kuantan


Assalamualaikum w.b.t

Yeayyyyy..opsss Alhamdulillah ktorg dah pon duduk rumah baru,
Tapi masih lagi kekok bab-bab jalan n masa untuk ke tempat kerja,
kadang-kadang sampai lambat..sorry bos

Soooooooooooooo,
bila dah ada rumah mestilah perasaan nak hias rumah membuak-buak,
sebelum terlupa, terima kasih kepada suami yang tolong drill dinding untuk sangkut
tah apa-apa benda yang isteri dia beli..terima kasih abang.

sekarang nie menghias rumah ala kadar setakat mana termampu dulu,
esok-esok dah ada duit bolelah nak beli perabot hebat-hebat sikit kannn

Jom belajar mix n match barang rumah.
Sofa dapat free daripada akk ipar (tq ijah)
Ikea: floor lamp,bulu-bulu,side table,bantal panjang
SSF: wall mirror
A tu Z: pasu,bunga,cermin cube



Ikea: Table top (RM 119),Table leg (RM 70),Green house
Mudah.my: kerusi (5pcs RM 190)
Kalo nak beli bar table dekat ikea RM 329 tak termasuk kerusi.
Beli mix n match di ikea lebih murah.



Rak terapung: SSF
Gantung besi: Ikea
Bidai: ECM
Bekas spice: Kedai 2 ringgit

Barang nie bukan beli sekali gus tau, dapat gaji beli sikit,
Dapat gaji lagi tambah sikit...sekarang nie tak bole dah sebab pikir nak bayar bil-bil,sewa n kereta sahaja.

Dalam pikir bayar bil la apa lah,terbeli jugak perabot.
Kalo sesiapa yang inginkan perabot terpakai yang murah
Tak tahu kedai sekitar kuantan di mana
Ok mehhh, saya gtau 

Lokasi:KEDAI PERABOT SUNGAI SOI
(sebelah petronas Sungai Soi)
Semua barang terpakai daripada Singapore

Pelbagai jenis barangan eletrik,rumah,pejabat,beg tangan semuanya ada tau.


opsss..terbeli almari laci nie (RM 150 sahaja)
Bentuk unik (retro), memang berkenan dihati untuk jadikan tv cabinet

Perabot hotel sangat banyak, untuk pejabat dan rumah

Tuan blog masuk sikit.

So, harap info nie bermanfaat untuk bersama.tq

Khamis, 4 Disember 2014

Pindah rumah (rumah sewa)


Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi, pagi yang cukup indah arinie,
Saya mendapat berita yang sangat gembira daripada biras, birasku bakal ibu..yeayyyyy
Alhamdulillah akhirnya, berkat kesabaran dia dan suami.
Saya doakan semuanya baik-baik sahaja..
Doakan giliran saya pulak lepas nie.

Alhamdulillah, akhirnya ktorg pindah rumah tapi belom lagi masuk.
Still dalam proses pindah barang sedikit demi sedikit,
Tunggu lori dalam minggu nie, bila dah settle bolelah duduk di rumah sewa.
Dalam minggu nie, teramat penat sebab kerja pagi sampai petang, malam pulak ke rumah sewa untuk persediaan masuk barang,
Memang sangat-sangat-sangat letih.

Dalam letih, hati berbunga-bunga sebab tak sabar nak duduk rumah baru n hias secantik-cantiknya.
Orang cakap, rumah sewa je kotttttttt
Rumah sewa pon rumah kita jugak,kena lah buat sesuatu supaya kita selesa dan tenang.
Asal rumah sewa je mesti nak buat ala kadar je kan.
Saya tak, rumah sewa still rumah, harus anggap macam rumah sendiri.

Baru saya rasa pengalaman pindah rumah yang memenatkan,
Seronok rupanya membina rumah tangga bersama..haha
susah senang bersama.
semuanya bersama-samalah.

Perkara yang paling saya excited bila suami ajak pergi kenduri membe di keyell,
dalam kepala laju je fikir...IKEAAA
ohh yeayyyy, suami tunaikan hajat dinda tercinta untuk ke ikea membeli perabot rumah.
Sambil menyelam minum air katanya..hehe

Kenduri pertama, saudara baru kita, Alhamdulillah, Tahniah aunty n uncle.

Kenduri kedua, member baik suami kawen, Ya Allah, pengantin yang sama-sama padan,
Sorang jelitawan, sorang lagi rupawan..hehe
Tahniah Adi dan Lia, semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke syurga,




Setelah selesai kedua-dua kenduri, tiba masanya untuk shopping.
IKEA sentiasa dihatiku..hehe

Nasib baik pergi naik hilux, kalau tak.....

Setelah intro panjang lebar cerita pergi itu dan ini,
Kita kembali kepada cerita yang sebenar-benarnya.
Entry sebelum nie dah list macam-macam barang keperluan yang perlu ada,
rupanya tertinggal satu barang yang paling penting iaitu....

Tikar getah (sebab rumah tu lantai simen)

Bermulalah operasi seminggu berturut-turut memasang tikar getah,
Tikar getah je mampu walaupon orang suruh pasang karpet.
Bukan taknak pasang karpet tapi karpet susah dijaga.

Kerusi second-hand, dibeli dengan harga RM 40.00 sebiji
Tahan lasak n sangat berkualiti.


Langsir Ikea RM 39.90 

Al-kisahnya nak beli benda lain,teramik benda lain..sob..sob

wajah lantai simen yang sangat berhabuk walaupon dah disental dan dicuci.

Proses pemasangan tikar getah,
Harga tikar getah nie mahal jugak, segulung RM 180 (Jenis tebal)
Boleh dapatkan di S.M Shariff, Kuantan.
Ktorg pilih corak ala-ala kayu.


siap pasang diruang tamu, langsir idaman kalbu disitu,

Bilik tidur utama 

Bilik bawah

Beginilah nasib kalau beli perabot Ikea..pasang sendirilah jawapnya.

 Dapur konon-konon konsep kayu..hehe
Punya susah cari bidai kayu yang murah..akhirnya jumpa dalam ECM
hanya RM29.90 berbanding Cowboy RM 34.90 dan Kamdar RM 59.00.

saya paling suka nie...Ikea maliii
Bunga, boleh beli dengan saya.

Bantal n bulu adalah ma fav ever

Tersangat takda keje, sanggup beli green house nie.

eh...eh...pengantin lama

Yeayyyuu, Alhamdulillah tercapai jugak impian nak hias-hias rumah,
Walaupon banyak lagi kelengkapan yang belom cukup.
Insyallah minggu depan dah boleh duduk rumah baru,
Tak sabar rasanya.

note: Tujuan saya pamer harga bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk panduan bersama.
Harap maklum.

Tip: Sebelum pindah rumah, seeloknya beli barang rumah sikit-sikit terlebih dahulu, nanti bila dah pindah tak terasa duit mengalir macam air.