Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 2 Januari 2014

Persiapan Perkahwinan Part 3


Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim.

Okeh, untuk persiapan kali ini boleh dikatakan hampir 60% dah siap.
Pakej perkahwinan dah settle semuanya...dah bayar siap.
Katering kampung rasanya dah bincang semuanya.
Doorgift pon dalam proses menampal stiker cuma beg-beg kertas belom isi.
Hantaran hampir siap..tinggal lagi 3 bekas belom hias.
Urmmmm apa lagi..........

ohhh yang paling penting surat kebenaran nikah.
Yeayyy dah settle tunggu minggu depan siap n boleh g ambil di pejabat agama.
Alhamdulillah lepas dah interview bersama ustaz dan berjaya menjawab semua soalan.

Untuk honeymoon dah booking tiket n tempat.
Seronoknya, kitorang mendapat sponsor daripada mak ayah ke Bali, Indonesia..hoyehhh
Hadiah kawen pon dah dapat..set makan jenama Corelle yang menjadi idaman kalbu.
Terima Kasih mak ayah..sayang mak ayah sangat-sangat.

Pastu, tetiba ada plan terbaru, mak suruh order kek kahwin.
Gembira tak terkata..semuanya dah order n sehari sebelum kenduri g amik.

Sebelum saya cerita n masukkan gambar-gambar persiapan kawen.
Mari saya cerita sedikit sebanyak persediaan untuk berkahwin.

Perkara yang paling wajib of coz kursus kawen.

Anda bole ke kursus kawen dimana sahaja dalam Malaysia nie.
Yang penting hadir kursus kawen dan mendapat sijil kursus.
Kursus kawen selalunya diadakan pada hari sabtu dan ahad 
bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Pergi kursus nie hanya duduk dan dengar ceramah, makanan disediakan.
Kecuali negeri Pulau Pinang di akhir kursus ada test/ ujian.
Soalan objektif, Hitamkan jawapan yang betul.

Buku free masa hadir kursus kawen

Kedua, borang kebenaran berkahwin dan ujian darah ( HIV test)

Di mana nak dapatkan borang?? di pejabat agama daerah masing-masing.
Untuk lelaki agak mudah, isi borang dan hantar berserta salinan ic, sijil kawen (ori dan salinan), 
pengesahan HIV (ori).....selepas 3-7 hari bekerja dapatlah surat kebenaran.

Bagi perempuan pula agak leceh dan remeh.
Isi borang, dalam borang tu ada bahagian wali dan dua saksi.
wali kena isi, saksi juz isi borang dan cop kariah masjid.
lagi bagus kalo saksi kita ahli kariah masjid di tempat kita.
Bersama borang kena sertakan salinan ic kita, salinan ic wali, salinan ic pasangan, 
salinan surat nikah ibu atau bapa, pengesahan HIV (ori) dan sijil kawen (ori dan salinan)
Bagi pasangan yang lain negeri macam saya, bakal berkahwin dengan orang pahang, lagi leceh persediaan borang..saya kena sertakan surat kebenaran nikah pihak lelaki yang dah siap.
so, kena tunggu borang pasangan siap barulah saya bole mohon.

Bagi negeri Pulau Pinang semasa hantar borang yang lengkap,
 ada sesi temuduga bersama ustaz yang bertugas pada hari tersebut.
Banyak juga soalan yang ditanya...macam saya ustaz suruh selawat, isgtifar, mengucap dua kalimah syahadah berserta maksud dalam rumi, rukun iman, rukun islam, rukun nikah, lafaz niat mandi wajib, rukun wuduk, bacaan Al-Fatihah, aurat lelaki dan wanita, perkara yang dilarang ketika hadas, bila perlu mandi hadas.
Banyak kan..nebes gila tapi boleh jawab..hehe

Borang kebenaran berkahwin kuning..borang HIV cream

Ujian HIV dan ujian darah.

Ujian HIV nie hanya boleh diambil di klinik atau hospital kerajaan sahaja.
Ada sesetengah tempat hanya cucuk di hujung jari menggunakan pen jarum..tak tau alat tu nama apa.
Macam tempat saya, satu tube darah diambil di pelipat tangan.
Ujian nie tak lama pon, ambil darah, dibawa ke lab dan dapat result dalam masa setengah jam.
Then, rujuk kepada doktor bertugas.
Masa jumpa doc ada sesi temuduga juga, doc tanya apa penyebab HIV,
siapa yang berkemungkinan dijangkiti HIV dan ada lagi soalan yang ditanya.
Macam saya, ada masalah dengan darah, platelet dalam darah kurang so kena lakukan ujian darah sekali lagi dan kena rujuk doc sekali lagi bagi menggelakkan masalah ketika melahirkan bayi.
Penyakit keturunan nie..harap-harap semuanya baik-baik saja.

Banyak nau amik darah saya

Itu saja perkara asas yang wajib dilakukan bagi pasangan yang hendak melangsungkan perkahwinan.
Perkara yang lain-lain seperti katering, pakej kawen, hantaran itu sendiri-sendirilah ya.

Hahhhhhh..saya sangat excited bila dah mula buat doorgift untuk tetamu nanti.
Mula buat ujung November, masa tu rasa awal sangat untuk buat doorgift.
Tapi ternyata sekarang dah masuk bulan Januari masih belum selesai ikat riben dan tampal stiker.
Keadaan rumah dah jadi huru hara dengan barang-barang yang banyak.

Kotak jar kaca ynag memenuhi ruang rumah

segala macam benda ada

Doorgift kain pelikat

Doorgift marhaban

Label VIP..hehe

suka sangat beg kertas tu sebab comel

sedikit demi sedikit

kismis emas warna pon kuning emas


Akhirnya kismis menjadi pilihan untuk dimasukkan ke dalam jar...hehe
Kismis ini produk keluaran Yusof Taiyub..sangat sedap rasanya.
Selesai isi..masa untuk ikat riben dan tampal stiker.




Ini baru separuh..semuanya 3k

Sekarang nie dah mula buat hantaran sebab apa, sebab nanti taknak kalut pikirkan benda lain.
Sebab banyak lagi benda tak settle, kasut kawen belum n tudung kawen belum..huhu
Mari tengok proses penghasilan hantaran saya bertemakan purple n yellow.
Sob..sob...sob  buat sorang-sorang pon bole.

Bahan-bahan:  Bunga hydrangea purple, ros pink, ros peach, ribbon purple, satin light yellow, disco balls dan polisterin.

Bentukkan bunga menjadi bulat dengan mencantumkan semua bahan.

Balut polisterin dengan kain dan lekatkan ribbon di tepi.

contoh...kurang menyerlah..haha

Suasana yang agak messy..maaf

acah-acah saja letak barang..haha

set penjagaan diri

kotak jam sahaja..jam yang betul belom ada lagi

sejadah

chocolate

Buat sesimple yang mungkin sebab nak jimat kos.
Hantaran nie akan diletakkan atas dulang berkaki, pinjam member punya..hehe
Jimat kalau buat sendiri nie..jimat duit upah dan jimat duit barang.
Mari kita buat pengiraan untuk hantaran nie:

Polisterin RM 2.30 x 9 = RM 20.70
Bunga purple RM 3.60 x 12 = RM 43.20
Satin RM 2.50 x 1 meter = RM 2.50
Ros pink = RM 6.50
Ros peach = RM 9.00
Bola disco RM 8.50 x 2 = RM 17.00
Ribbon RM 1.80 x 2 = RM 3.60
Tambahan lain RM 10.00 = TOTAL RM 112.50

Wowwww sangat berbaloi kan kalo buat sendiri..upah kedai mau satu tray diorg amik RM 40- RM 100,
bergantung pada jenis hiasan yang kita nak. 
Sesiapa yang kawen budget cam saya nie disarankan buat sendiri hantaran, jimat pon jimat.

Hantaran sudah, kali nie D.I.Y hand bouquet pulak untuk akad nikah nanti.
Untuk majlis sanding dah tempah orang buat sebab malas nak buat sendiri manik-manik.
So, g beli bunga plastik, cantumkan then balut tangkainya dengan riben.
Nak cantik g amik kerongsang yang dah rosak tampal..naiklah seri bunga itu.
Mudah semudah ABC...yang pasti kosnya tak sampai RM 20.
Percayalahhh..tak tipu, dan anda bole berjimat cermat.

macam cantik jer

macam comel jer



Setakat ini saja entry untuk kali ini.
Bagi yang mengenali saya, saya nak jemput datang ke Majlis perkahwinan saya dengan cinta hati saya.

MURNI ASYIKIN MOHAMMAD & MOHD KAMARUL AFIQ MOHD NORDIN

Sebelah pengantin perempuan:

Pada hari (Ahad) 02 FEBRUARI 2014/ 2.2.2014
( cuti raya cina)

Bertempat:

Dewan Aminuddin Baki,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,
Mengkuang, Kubang Semang, 14000 Seberang Perai,
Pulau Pinang.

GPS coordinate: 5.382992,100.474604


Sebelah pengantin lelaki:

Pada hari (sabtu) 08 FEBRUARI 2014 / 8.2.2014

Bertempat di rumah pengantin lelaki:

No 1, Lorong Sekilau 48, Taman Mahkota,
25200 Bukit Sekilau, Kuantan, 
Pahang.

Semoga dengan kehadiran hadirin sekalian
akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.

Sekian, Terima Kasih.