Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 18 Januari 2014

Masakan: Macarons



Assalamualaikum.w.b.t
Akhirnyaaaa...akhirnya setelah 5x mencuba saya berjaya,
berjaya apa?? berjaya menghasilkan macarons..hoho

Itu pon nak kecoh kan, korang tak tau susah ooo nak buat.
Step kena betul, teknik betul, alatan kena bersih.
Fuhhh sebab tu orang cakap usaha tangga kejayaan.
Memang patut..memang patut jual mahal...teknik tuh teknik

Macam saya belajar sendiri memang lambat sikit la dapat.
Lainlah kalo orang pergi ke kelas masakan mesti power mehhh.
Semua benda saya belajar sendiri cuma cepat or lambat sahaja dapat ilmu tu,
Selalunya agak lambat lah kan sebab takda sifu.

Okeh cukup sudah kot bebelan saya.
Sumpah excited n seronok tahap gaban bila menjadi.
Jom tengok hasilnya.
Sebelum tu mehh saya kongsi resepi terlebih dahulu.

Bahan-bahan:

53 g putih telur 
Secubit cream of tartar
13g gula kastor 
113 g gula icing
63 g serbuk badam
Pewarna (Gel paste atau powder sahaja)

Cara-cara:
Pukul putih telur sehingga menjadi buih putih yang gebu.
masukkan secubit cream of tartar dan esen vanilla..pukul lagi 30 saat.
masukkan gula castor dan pukul sehingga menjadi meringue dan bertanduk.
Gunakan spatula,masukkan serbuk badam dan gula icing yang diayak.
Gaul secara kaup perlahan-lahan sehingga adunan bersinar dan bertali.
Sedia dipaip diatas silicon mat.

Boleh rujuk blog ini: http://natashabintikhalil.blogspot.com/2012/10/resipi-dan-tips-sweet-macarons.html
http://natashabintikhalil.blogspot.com/2013/02/french-macarons-step-by-step-with-photos.html

filling: Salted almond butter 

Badam kisar, butter, brown sugar, icing sugar dan salt

Gaulkan semua bahan, paipkan atas silicon mat dan biarkan kering selama 30minit.
Silicon mat nie sangat bagus dan sangat membantu untuk kekalkan bentuk yang cantik.
Then, saya tabur serbuk choclate on top, konon-konon berseni la..haha

Bakar pada suhu 150 darjah atau 120 darjah mengikut kesesuaian oven selama 15-20 minit.
Kalau permukaan bawah masih melekat bakar sekali lagi dalam 5minit.

Setelah bakar..sejukkan dulu baru keluarkan..tak cantik macaron saya.

Tadaaa...inilah hasilnya.






Seronok sangat-sangat bila menjadi tapi tak perfect lah sebab sesetengah ada air pocket.
Tak pelah amik mengalaman kan..kalo tak mencuba belom tahu.
Okeh sampai sini saja entry kali nie.

Assalamualaikum.