Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 5 April 2014

Majlis perkahwinan 2014


Assalamualaikum w.b.t
Yeayyy...akhirnya siap jugak edit gambar untuk entry ini.
Sebenarnya bukan apa, perasaan membuak-buak nak hupdate laju-laju blog tapi apakan daya, perasaan malas nak edit gambar tu dah membiak berjuta lemon dalam diri..nasib badan

Sebelum tu nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan facebook, kawan whatsapp, kawan wechat, kawan sekampung, kawan tuisyen dan kawan universiti yang sudi datang ke majlis saya februari lepas.

Memang meriah n sangat meriah suasana haritu..nak masuk dewan pon rasa gementar sebab jadi tumpuan dan banyak mata yang melihat..huhu maluuuuu

Selepas selesai akad nikah, bergambar kejap then rushing balik ke rumah,
Tukang makeup dah ada kat rumah dah tunggu lebih kurang 20 minit...cian dia
sampai je rumah terus bersiap-siap dengan laju dan terus makeup...agak terkejar-kejar sikit sebab semua benda buat dalam masa satu hari.

Selesai makeup, terus ke dewan, sampai je dewan tegok ramainya orang.
dup..dap..dup..dap

majlis diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Kampus Pendidikan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

orang kuat majlis..of coz ayahku yang ensem dan emakku yang cantik.

kereta ayah jadi kereta pengantin

Bersedia and go

Berarak masuk ke dewan diiringi oleh keluarga sebelah lelaki.

Yeayyy...ada kejutan, memang tak tau langsung ada asap sembur-sembur macam theater gituww
Terima kasih buat majlis nie jadi special.

zoom out

zoom in

Pelamin digunakan untuk sesi bergambar sahaja, tak bersanding sebab 
dalam Islam melarang meniru agama lain.
Dimulakan dengan sesi bergambar family suami sebelum makan.

Ayah dan emak mertua serta sedara emak mertua.

Abang ipar no 3 dan biras Johor

Abang ipar no 4 dan biras Kelantan

Abang ipar sulung dan anak-anak

Adik bongsu suami

Sebenarnya ada lagi biras KL, Perak dan Sarawak yang tak bergambar, Seluruh negeri ada. 
Selesai bergambar, masa untuk makan.

so nyummyy

Adegan suap menyuap

Suasana majlis yang begitu meriah.

Hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan

Jemputan seribu orang.

Pelamin simple

Laluan karpet merah



Selesai makan...bermulalah sesi bergambar dengan rakan-rakan semua...meriah oooo
Happy sangat dapat jumpa member sekolah..dah lama tak jumpa.
Banyak yang lost contact.

kawan suami yang macam kawan saya sendiri

Terima kasih korang

member sekolah menengah + sekolah rendah

Group datang lewat nie..haha

Member Uitm

Member Uitm

candid picture

next pasangan..haha

Selesai semuanya baru teringat yang terlupa potong kek,
Barulah terhegeh-hegeh g potong kek..kah3

potong kuihnya

lapaq benor pegantin nie.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sempurna sekali, jutaan terima kasih kepada sahabat yang datang, yang tak bole datang tetapi mendoakan ktorang..yang beri hadiah yang sanagt banyak..terima kasih sangat-sangat.

Rasa terhutang budi pulak dengan korang semua, jangan marah andai aku tak dapat hadir kenduri korang nanti, sebab aku jauh di kuantan..hehe
dah ada suami mestilah patuh calap suami kan.

Maaf jika ada kekurang dari segi makanan atau layanan.
Insyallah jika ada jodoh kita ketemu lagi.

Terima Kasih semua, doakan aku cepat-cepat ada baby pulak..haha


Save The Date 02022014


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi saya masih bernafas di muka bumi ini,
walaupon belom ada berita gembira tapi hidup saya bahagia disamping suami tercinta.
Arinie ada sedikit masa untuk saya menyambung entry terbaru..hoyehhh
hehe..cek nak habaq mai yang cek dah dapat semua gambaq dari photog sebab tulah laju ja nak update entry terbaru nie haaa.

Okeh..kembali serius..Majlis akad nikah saya dan kenduri diadakan pada hari yang sama iaitu 
2 februari 2014.
Bagun seawal 5 pagi bersiap sedia sorang-sorang memang perasaan bercampur baur,
sms sepupu ajak temankan...lega sikit
Then, start makeup, masa nak pakai baju serba tak kena, pakai cmnie tak kena, ubah gaya..pon tak kena.
paling susah part nak pilih tudung, nak pakai shawl atau tudung awning.
lastly saya pilih tudung awning dan veil jadikan shawl untuk lilit kepala.
simple ja pernikahan saya.takda pelamin juz buat di masjid  kampung.
Makeup pon sendiri sebab nak jimat..lagipon kenduri di dewan dah tempah mua makeupkan.

Free gift daripada AtuZ Wedding House


Berdebar..perjalanan ke Masjid..driver abang gua

Bermulalah kehidupan baru

muka nampak ja tenang

simple dan sopan kan..cehhh

Bunga tangan D.I.Y

senyum sinis orang kata..hehe belajar dari Tyra Bank, senyum menggunakan mata...kah3

dup..dap..dup..dap

my handsome hubby

2x lafaz sebab ayah tersasul, sebut 2 ringgit mas kawen,padahal 2 ribu..haha
pengantin sekali lafaz sahaja.

Aminnn

fuhhh lega..Alhamdulillah

kasi zoom sikit muka syok niri nie

sign 3 keping borang

Terima kasih abang terima saya sebagai isteri

sarung cincin lelaki


Pakaikan rantai tangan.

Mas kahwin

emak ayah tercinta

emak dan ayah mertua tercinta

kawan-kawan suami yang rapat..sanggup datang jauh-jauh

Sah bergelar suami isteri...pelik senyum nampak gigi


Alhamdulillah...majlis pernikahan semua berjalan lancar seperti yang dirancang..cuma tok kadi datang lewat setengah jam membuatkan saya bertambah gementar..jadi ke tak jadi nie...hehe
Apa-apapon kami telah disatukan sebagai pasangan suami dan isteri.

Terima kasih Ya Allah memberi aku jodoh yang awal dan mendapat suami yang sangat baik dan memahami begitu juga ayah dan emak mertua yang sangat baik dan penyayang.
Aminnn