Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 6 Mei 2014

Honeymoon Bali, Indonesia


Assalamualaikum w.b.t
Akhirnya tercapai jugak impian saya nak update entry terbaru tentang honeymoon ktorg,
Ya, dah tiga bulan berkahwin baru nak update pasal honeymoon..haha
Nampak sangat kena penyakit malas nak mampus.
Bukan malas hokeh tapi ada komitmen terhadap keluarga..cewahhhh
Ayat mak-mak gituhhh.

Mari mulakan cerita, kitorg sebenarnya disponsor oleh mak ayah saya ke Bali,
Terima Kasih mak ayah, murah rezeki kasi lagi..hehe
Semua pakej ke sana ktorg cari sendiri dan buat semua sendiri.
So, cari punya cari ktorg memberanikan diri mencuba pakej pelancongan dari Medan homestay and Transport...boleh rujuk facebook mereka untuk mengetahui lebih lanjut lagi.
Mula-mula tu agak takut jugak sebab banyak ajen pelancongan yang menipu, bukan apa kita perlulah berhati-hati , silap-silap tak jadi honeymoon pulak.

So, saya sarankan anda semua pilih Medan homestay and Transport sebab diorang sediakan pakej yang berpatutan, yang paling penting boleh dipercayai.
Ktorg dah amik 2 kali pakej pelancongan dengan diorang...servis tiptop hokeyyy
yang penting orang Malaysia dan beragama Islam.

Bermulalah perjalan ktorg ke Bali, Indonesia
Berada dalam flight selama 3 jam..lama jugak tu..tapi saya banyak tido ja.
Akhirnya ktorg sampai di Airport Ngurah Rai, Bali...first tme sampai Bali memang teruja..
Ohmaiigod sumpah cantik sangat-sangat airport baru nie..sangat cantik.
Ktorg disambut oleh supir..siap ada welcome flower lagi..bunga kemboja simbol diorg.
Orang Bali boleh dikatakan 70% beragama Hindu.





Ktorg dijemput oleh supir dan dibawa ke hotel penginapan ktorg di Kuta.
Hotel ktorg 3 bintang saja maa tapi macam nampuluh bintang..tipu ja



Makan malam pertama ktorg disini..harga berpatutan..lebih murah dari Malaysia.

es buah jugak yang paling sodappp

Malam tu ktorg takde aktiviti apa-apa, juz rehatkan diri di hotel.
Keesokkannya baru ktorg penuh dengan aktiviti yang telah diatur dalam pakej honeymoon.

Perjalan hari perama:
Bangun pagi untuk solat subuh dan sarapan...dijemput oleh supir seawal 8.30 a.m dan dibawa melihat tarian Tradisional Bali...agak seram jugak lah..haha
Tarian nie seakan-akan theater....setiap orang memegang watak masing-masing.


kesesakan jalanraya yang biasa.


takutttttttt


Abis tarian, ktorg dibawa ke tempat penghasilan kraftangan daripada perak dan emas.
Semuanya handmade harga pon boleh pengsan..mahai ooiiiiii

sclupture dibagunan kedai..cantik dan terpegun dengan hasil tangan diorg

handmade okeh.

kerawang-kerawang

Pakaian aku pon dah macam minah in_ _n

Ktorg datang melawat ja tempat kraftangan emas dan perak nie.
Nak beli takda yang berkenan lagipon harga sangat mahal,
Kedai seterusnya, pusat penghasilan dan jualan batik.
Ponnn ktorg tengok ja sebab harga tak masuk akal langsung...cuba bayangkan sehelai t-shirt putih cuma tulisan Bali dilukis menggunakan tangan berharga RM 100...mampu
Pashmina pasar malam yang 15 hinggit dijual dengan harga RM 60...mampu



Tibanya waktu makan tengahari..ktorg dibawa ke Kintamani untuk menjamah makanan.
Kintamani berada di puncak bukit, cuaca sangat sejuk macam cameron highland.
muka saya pucat, bibir jadi purple sebab tak tahan sejuk..nasib baik en.abang ada..keh3

permandangan kawah gunung berapi yang cantik

en.abang sayang

 nyumm nyummm sate tu sedap, nak lagi.

Seterusnya ktorg ke ladang kopi luwak.
Antara kopi yang termahal di dunia..dibuat daripada biji kopi yang bermutu tinggi yang dimakan oleh musang dan dikeluarkan melalui najis...bahasa yang mudah kopi taik musang...organik.

100% serbuk kopi n takda campuran apa-apa

Dapat rasa teh n kopi asli...paling sedap vanilla coffee, lemon grass tea dan Bali coffee n cocoa

kopi luwak..pahit nak mam

100g kupi luwak berharga RM 120++..mahai oiii, tapi beli jugak.

Next, dah lewat petang, ktorg dibawa ke Pantai Jimbaran untuk menikmati makan malam.
Ala-ala candle light dinner gituh..tapi tak romantik pon..haha
Baru berangan-angan suami datang dari belakang kasi bunga..ahhaha..sorry abang




sedap jugak..nyummm

selesai dan pulang ke hotel untuk tido.

Dalam masa sehari aktiviti terhad disebabkan masa yang suntuk..perjalanan satu tempat ke satu tempat jauh mengambil masa 1-3 jam..banyak perjalan dalam kereta sahaja..tapi ktorg tetap enjoy.

Hari kedua:
Masuk hari kedua..macam biasa sarapan dulu..kemudian ktorg dibawa ke kedai gambar untuk snap foto perkahwinan dengan memakai pakaian tradisional bali..kelakar waktu nie.
Then, sepatutnya aktiviti seterusnya water sport sehingga lewat petang, tetapi ktorg tolak aktiviti tu sebab malas basah-basah nie..so digantikan dengan melawat Bali Bird Park dan Ubud Monkey Forest.


Tutup-tutup..aurat..haha






Dah gemok waktu nie


komodo..besaqqq gilosss

Happy family...so cute

Singgah makan tengahari sebelum ke ubud.


makanan diorg sangat sedap

Ubud Monkey Forest nie sangat banyak monyet jahat-jahat n nakal.
ktorg baru bawak pisang tak sampai 3 langkah dah kena curi dengan diorg siap tarik-tarik suar lagi.
Sungguh Indah ciptaan Allah s.w.t...tempat nie subhanallah sangat cantik.bukan pura yang cantik ya..tapi landskap hutan yang sangat cantik..patut monyet suka.






Tertarik dengan hiasan kedai makan nie..bersempena valentine's day..ktorg tak sambut pon...kebetulan pergi Bali 14/2 adalah valentine's day.




Last untuk that day adalah dinner on cruise...kalo dengar ayat tu cam candle light dinner or romantic dinner untuk couple...tapi dah macam parti atas kapal dah..bukan budaya kita.
Apa-apapon ktorg enjoy makan n buat hal sendiri..tak masuk campur urusan menari-menari bagai dan lain-lain...haha

muka busuk sebab dah lewat petang..haha



makanan tak berapa memuaskan hati. kurang rasa.

tarian tradisional

Hari ketiga:
Melawat Turtle Island dan melihat pelbagai jenis haiwan yang ada selain daripada penyu.
Waktu nie ada orang tolong amikkan gambar...baru berkesempatan amik gambar berdua..haha
Then, makan tengahari dan ke Pura Uluwatu.
Ini merupakan hari terakhir untuk berjalan-jalan..


naik bot untuk beri ikan makan.


tengok batu karang dan ikan.



berat oooo



ini namanya lilitan kasih..haha


keluang.

Abis melawat Turtle Island..naik bot ke persisiran pantai, sudah tiba waktu makan tengahari.
Tak sabar masa tu nak menjamah makanan Indonesia yang super sedap..huhu
Tempat makan ktorg cantik..semua tempat kat sini cantik-cantik lah.


nyummmmm...kangkung tu sodapppp



Selesai makan ktorg melawat Kuta Beach..sanagt femes pantai nie.
ramai omputih surfing...Keindahan pantai nie tak terkata..sangat Indah.








Tempat yang terakhir untuk hari terakhir adalah Uluwatu Temple.
tempat nie jugak sangat banyak monyet berkeliaran.
laut yang biru...masyallah sangat Indah.



monyet santai





datin wannabe..haha

Selesai sudah perjalan ktorang selama 4 hari 3 malam di Bali.
keesokannya sarapan terlebih dahulu kemudian check out hotel dan terus ke airport.
berpisah sudah dengan driver ktorg Pak ketut yang sangat baik.
Terima Kasih Pak...nanti bila kami punya anak..kami datang lagi ya..hehe








Tangan buat silap mata tapi tak menjadi.

Bye-bye Bali..sampai ketemu lagi.
Next..honeymoon medan pula.