Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 16 November 2014

Terima Kasih sayang-sayangku


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah masih lagi bernyawa di muka bumi Allah yang indah ini.
Terima Kasih Ya Allah atas segala bentuk rezeki yang engkau kurniakan kepada aku dan suami.

Jika orang soalkan tentang anak..hehe
Belom ada lagi dan masih berusaha..mungkin belom tiba masa yang sesuai.
Insyallah usaha dan tawakal.
Tanya diri, siapa kita untuk mempersoalkan rezeki Allah.

Okeh, nampaknya sudah 9 bulan berkahwin,
Akhirnya ktorg mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah mertua,
Alasan, ktorg nak hidup berdikari..itu saja :)
Saya takut ada pihak yang berkecil hati dan salah tafsir, takda niat sebaliknya.

Sempena bulan November, bulan kelahiran saya, 
tak kusangka begitu besar hadiah yang saya terima dari keluarga dan juga suami.
Alhamdulillah suami mencari rumah untuk kami berdua berteduh,
walaupon hanya rumah sewa tapi saya sangat-sangat gembira dan terharu.
Terima kasih abang..luv u

Family saya di penang juga hadiahkan saya sebuah rumah untuk jadikan aset,
Terima kasih mak dan ayah..Hadiah paling besar saya terima.
Walaupon rumah di Kedah, tapi itu adalah sumber kewangan saya untuk 
tambahankan pendapatan dengan menyewakan kepada orang lain daripada dibiarkan kosong.
Terima kasih sekali lagi suami,ayah dan emak..sob..sob sangat terharu

Taknak sedih-sedih, jom kita beronok-ronok( ada ke perkataan nie) haha
Jom kita koya sorang-sorang..hehe
Mood tengah happy n tak sabar nak masuk rumah sewa dannnnnnn
tak sabar jugak nak hias secantik-cantiknya, masalahnya cantik ke???
cantik kan subjektif, kannnn

Nampaknya sejak bekerja nie, setiap kali gaji saya akan beli barang rumah sikit demi sedikit,
Padahal waktu tu takda pon plan nak pindah rumah.
Tetiba perangai doh macam mokcik-mokcik excited nampak pinggan mangkuk.
Baru saya paham, dulu-dulu tengok mak excited beli barang rumah,
sekarang nie saya dah capai tahap tu n saya dah rasa sendiri bertapa excitednya shopping barang rumah nie...sumpah syiiiookkkkkk

Saya dah buat senarai barang rumah yang wajib ada dalam rumah:
jeng...jeng..jenggggggg

1.Langsir/tirai ( Benda paling utama)
2.Kipas ( sebab rumah tu takda kipas siling)
3. Katil dan tilam (rasanya tilam lagi penting kot)
4.Peti sejuk ( senang nak beli barang basah dan simpan)
5.Mesin basuh( takkan nak basuh tangan, tak larat kottt)
6. Dapur ( wajib sebab nk masak untuk suami)
7.Pekakas dapur ( Alhamdulillah dah banyak ada, hadiah kawen, tq pada yang beri)
8. Penyapu dan mop ( kebersihan rumah perlulah jaga)
9.Iron (takkan g keje tak iron baju, ini pon hadiah kawen)
10.Almari baju (Nak simpan baju supaya kemas)

Daripada 10 barang penting nie, baru ada no 6,7 & 9 sahaja..huhu
Kena kumpul duit nak beli semua barang tu.
Takpa beli setakat mana termampu, yang penting jangan berhutang okeh.
Biar beli barang semua cash, hati pon sonang tak perlu poning-poning fikir hutang.

Saya bukan berkahwin terus hidup senang lenang dengan duit laki,
Tidak sama sekali, kami berdua berusaha mencari rezeki untuk diri dan keluarga.
Masalah kewangan tu perkara biasa bagi memulakan kehidupan berumah tangga.
Kesimpulannya, kami tak kaya dan tak miskin ..hehe

Sebenarnya ikutkan hati mau je beli barang then bayar bulan-bulan,
nasib baik suami nasihat cakap tak perlu buat macamtu.
Kalo tak mampu buat cara tak mampu, tak perlu berhutang.
Terus tepuk dahi sendiri sebab b***h sangat.
Betul cakap suami saya tu...sayang abang :) :)

Buat masa sekarang tak sabar nak tunggu gaji dan g shopping IKEA.
IKEA lagi..mau pening suami saya, tak habis-habis IKEA, macam la kuantan takda kedai perabot.
Tapi..tapi..tapi hati sudah berkenan dengan barang IKEA..camne

Untuk concept rumah..concept konon..barang basic pon takda lagi 
kemain kau murni nak berkonsep-konsep..haha
Okeh, concept rumah ala-ala klasik moden ( Vintage Cotemporary)
suka hati jek buat ayat sendiri.

contohnya seperti berikut:

Saya pon tak tau kenapa saya berkenan sangat konsep rumah putih, lantai simen,dinding batu batu.
So kuno uolsss..macam hidup zaman batu.

Kena sangat nie..rumah saya pon lantai simen jugak.

Seronoknya kalo buat storage macam nie..best..best..best

Saya suka living room yang simple n less color mcm concept minimalis nie..cantik kan

Console table wajib ada sebab saya peminat tegar console table.

Sudut laundry perlu tersusun dan kemas, mcm gambar atas nie..so  nice

Suka sangat dengan warna hitam dan putih,warna kayu, silver n gold..Dalam kepala otak 
dah pikir macam-macam nie..ohh idea mencurah-curah, sila amik baldi dan tadah ye Pn.Murni.

Walaupon rumah untuk kami berteduh kecil dan hanya menyewa tapi saya nak jugak hias cantik-cantik supaya kami berdua selesa dan sayang dengan rumah tu..ok tak sabar rasanya.
sabar dulu, bulan depan dah boleh pindah..yeayyyyyyyy

Ini adalah hadiah tahun 2014 yang sangat bermakna untuk saya :) :) (senyum sampai telinga)