Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 19 Januari 2015

Home decor dan D.I.Y project (rumah sewa)


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah blog nie belum lagi terkubur disebabkan komitmen 
sebagai seorang isteri, pekerja dan suri rumah..fuhhhh 
Beginilah rasanya bila memikul tanggungjawab,
Bukan lagi boleh berseronok dengan kawan-kawan,
Keluarga diutamakan.
Suami sajalah sebagai teman karib dan sahabat saya.

Apa-apa pon saya bersyukur sangat ditemukan jodoh dengan seorang yang sangat memahami dan tak pernah merungut walaupon bermacam-macam dugaan yang kitorg tempoh sepanjang perkahwinan nie. Bersyukur juga dengan rezeki yang Allah bagi kepada kami walaupon di usia perkahwinan hampir setahun belum dikurniakan rezeki zuriat.
Allah adalah sebaik-baik perancang, mungkin belum tiba masanya lagi,
mungkin juga diberi peluang untuk perbaiki diri dan matangkan diri terlebih dahulu.
Doakan yang baik-baik sahaja.

Keluarga yang paling banyak membantu dalam mengharungi kehidupan baru yang serba serbi kekurang.
Normal lah tu baru nak mulakan kehidupan, tapi jangan pula kita pandang diri kita dari perspektif yang tidak setaraf..pandanglah pada mereka-mereka yang kurang mampu.
Cermin diri, Alhamdulillah walaupon baru berkahwin kehidupan serba lengkap, lagipon tinggal berdua apalah sangat.

Okeh..disebabkan tangan saya tak boleh duduk diam, ada je benda yang saya nak buat.
Boleh dikatakan setiap hari keje nak mengemas je, nak rumah nampak macam showroom..haha
Bila kita berkahwin automatik otak fikir nak cantikkan rumah je, fesyen itu dan ini saya dah tak amik port sangat sebab saya nak cantik dengan suami saja.

Tapi saya hanya beli apa yang termampu, lainlah banyak duit bolehlah beli itu ini kan.
Kebanyakkan barang rumah hadiah kawen, sponsor, ikea (beli yang murah2) dan barang terpakai beli melalui mudah.Tak susah nak cantik tapi kena usaha la.
Kalo bole 24jam bukak mudah usha barang-barang rumah.

Suami saya ikut saja, lagipon bab beli-beli barang rumah nie saya tak bebankan suami,
Saya ada gaji, saya guna gaji untuk beli barang-barang rumah..Suami sangat-sangat membantu,kalo ada duit dia akan bagi saya, belanja barang apa yang saya nak, kadang-kadang tu cakap " abang nak beli nie, nnt saya bayar eh"..alih2 tak bayar pon..keh3
Tapi bagusnya dia tak mintak..keh3

Setiap bulan ada je terfikir projek cantikkan rumah, buat masa sekarang nie hajat nak cat rumah belom lagi tercapai sebab kekangan masa..tahun nie baru merasa nikmat sabtu ahad bersama suami.
sebelum nie bekerja mmg takda masa untuk suami, kesian dia.

Dalam perancangan nak cat wall zig zag untuk ruang tamu,
nak buat ala-ala kat bawah nie..grey color.


Tema rumah pada mulanya nak hitam,putih then akk ipar kasi sofa grey so tema dah lari,
sekarang nie rumah dah ada macam-macam color,
So sekarang kekalkan hitam,putih then tambahan warna biru,kelabu,coklat n hijau.
Boleh dikatakan earth color lah..haha

Ruang tamu serba ringkas n barang pon minima.
Ruang tamu dan ruang makan kongsi, so sangat sempit.

Sangat gila n tak tahan tengok cushion cover yang cantik-cantik.
Kalo boleh nak beli semua dan setiap bulan tukar baru..hehe

Suram je ruang tamu 

Almari laci terpakai dibeli dengan harga RM 150 dicat semula.
Dijadikan rak tv.


Perhiasan atas meja yang sentiasa berubah-rubah mengikut mood.


Ruang makan, rasanya nak cat wall nie stripe hitam putih..fikir-fikir

Jam Ikea RM 3.50 ditukar kepada jam gantung dengan 
menggunakan belt terpakai.


Sangat suka dengan dapur, so dapur kena kemas n cantik.
Hari-hari masak maaa.



Spices n pelbagai tepung


Ruang tangga, naik-naik terus nampak nie.



Bilik tidur utama serba putih.

leaf wreath menggunakan daun dan dawai

siap dihiasi dengan lampu liplap lagi.

Terlampau obses dengan hasil kraftangan, sekadar menjadi hiasan atas almari.
Almari baju yang lari tema sebab jimat kos beli yang murah under RM200


Hiasan luar rumah, acah-acah rajin katakan,



Proses mencantikkan rumah belom lagi selesai, kayuh pelan-pelan sampai hajat tercapai.



Home sweet home

5 ulasan:

idamarinaazman berkata...

cantiknya rumah :)

Gadis Bougainvillea berkata...

sis beli almari pakaian tu kat mn?

Gadis Bougainvillea berkata...

sis beli almari pakaian tu kat mn

alia farhan Said berkata...

Cantik rumah awk...
Suka tgk

Tanpa Nama berkata...

rak kat dapur tu beli kt mane ye?