Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 1 November 2015

Suri rumah vs bekerja


Assalamualaikum w.b.t
Alhamduillah setelah sekian lama menghilang akhirnya saya kembali,
Rindu sangat-sangat nak update blog selalu macam zaman bujang dulu.
Tapi apakan daya hanya rindu semata-mata.

Syukur ke hadrat ilahi dengan apa yang Allah kurniakan kepada kami berdua,
walaupon masih berdua belum bertiga, tak mengapa, perancangan Allah lebih baik.
Buat pengetahuan semua, saya telah berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu.
Memang seronok kerja dikelilingi budak-budak yang comel lotey,
buat kerja yang kita suka tapi apakan daya tidak bertahan lama.

Saya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, sambil-sambil ambil tempahan kuih moden dan ada lagi kerja lain. Berhenti kerja bukan bermakna rezeki tersekat disitu, InsyaAllah ada rezeki yang lain menanti.

Punca saya berhenti kerja kerana kesian pada suami, suami kerja dari pagi balik malam, balik malam saya tak balik kerja lagi, hari dia cuti saya kerja, ktorg memang susah nak spend masa bersama.
Penuh dengan aktiviti disamping masih muda, ktorg kena serius fikir tentang zuriat.
Lainlah kalo kerja office hour malam dapat bersama, saya kerja tak tentu masa,
kadang-kadang terlebih masa demi anak murid, markah cemerlang dalam tangan.

Paling saya sedih, selalu ditinggalkan sebab bekerja, kenduri kawan terpaksa korbankan, family event tanpa saya, nak balik kampung pun susah..sob..sob
Saya akui, bila situasi macam nie berlaku memang teramat stress, dengan perjalanan rumah ke tempat kerja jauh, balik malam drive sorang, duit minyak kereta separuh dari gaji memang stress.

Suami banyak kali menyuarakan suruh berhenti kerja, berhenti kerja, tapi saya jenis cepat kesiankan orang sampai terlupa perasaan suami sendiri. Ampunkan dosaku Ya Allah.
sampai suatu masa, saya tekad untuk berhenti kerja, saya tak rugi apa-apa malah beruntung dapat menjaga, melayan suami tercinta dirumah.

Rezeki Allah itu luas, selepas berhenti kerja, suami suarakan supaya on plan yang ktorg tangguh hampir setahun iaitu membuka baking class for kids, ramai yang menyokong dan memberi kata-kata positif, Ayah pulak cakap, jangan sia-siakan bakat yang ada, zaman sekarang bukan zaman bekerja makan gaji, zaman sekarang kita kena create kerja sendiri, kitalah boss, kita pekerja.
Maka, terciptalah Warna Warni Art and baking Studio. Sebulan juga saya amik masa untuk siapkan logo, flyer, setting tempat, bermodalkan duit pinjaman pama dan gaji terakhir, suami pon topup sikit-sikit. Pada mulanya nak buka baking class sahaja tapi fikir semula bakat seni yang saya ada takkan nak sia-siakan, so terciptalah kelas pertama di kuantan yang menggabungkan art n baking dalam satu matapelajaran.

Bulan Oktober, permulaan yang baik, buat masa sekarang pelajar baru 10 orang, lagipon classroom boleh muat 8 orang sahaja, so, saya adakan dua sesi, sesi pagi dan petang.
Begitulah liku-liku kehidupan seorang isteri dan seorang pekerja.
Selagi kita patuh dan taat pada suami, InsyaAllah berkat rezeki yang kita dapat.

Warna Warni Art and baking Studio (Kuantan,Pahang)

1 ulasan:

ameris berkata...

akhirnya baru update. tahniah kt awk sbb berhenti keje.
akak masih dlm perancangan. insyaallah tahun dpn.. aminn