Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 31 Disember 2015

Pregnancy journey: Zuriat (TTC)




Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah segala puji bagi Allah,
Selamat menempuhi tahun baru 2016 kepada semua,
Tahun yang membawa seribu keceriaan kepada kami, InsyaAllah
Seperti sedia maklum, saya seorang (TTC) atau sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Alhamdulillah Ya Allah, berkat kesabaran selama 1tahun 8bulan, Allah kurniakan permata yang indah walaupun masih lagi baru tetapi saya tersangat bersyukur dan gembira.
Saya menaip entry ini pada SELASA 15 december 2015, kandungan saya (15w 2d)
minggu depan masuk 4 bulan..Alhamdulillah
Semoga permata kecil ini dapat bertahan dalam rahim ibu sehingga cukup 9 bulan,
membesar dengan sihat dan sempurna fizikal serta mental.

Persoalan bagi TTC yang lain, Macam mana saya boleh mengandung?
Supplement apa yang saya ambil?

Jawapan bagi persoalan diatas, saya hanya berserah kepada Allah S.W.T 100%, sentiasa berdoa dalam solat supaya dikurniakan zuriat, Sebelum disahkan hamil saya amalkan jus perawan d'herbs, penjagaan wanita Dr. Herba dan kod fish oil blackmore.Saya tak tahu yang mana satu berkesan sebab saya jenis makan ubat on off, kalau ingat makan, tak ingat tak makan...hehe

Ohh, sebelum saya terlupa, saya ada mengikuti segala arahan dan cadangan melalui group di Fb, iaitu group HCN( Hamil Cara Natural) under Dr.Salwa, Pelbagai maklumat saya dapat melalui group tersebut, Mungkin mengikuti langkah-langkah yang diajar oleh Dr. Salwa saya berjaya hamil..Semuanya berserah kepada Allah S.W.T yang memberi rezeki..Kita sekadar berusaha yang terbaik.

Sampai satu tahap saya selalu pujuk suami jom buat rawatan kesuburan, sampai saya sendiri tanya doc boleh tak saya ambil pil clomid untuk dapatkan zuriat, Nasib baik lah semua doc tak kasi ambil sebab perkahwinan saya masih muda, masuk tahun kedua baru diorang kasi.Ikutkan undang-undang saya sendiri, maunya makan pil tu. Suami saya always nasihat, 'sabar sayang nanti dah tiba masa adalah rezeki kita'..sob..sob

Kronologi sebelum tahu mengandung:

31/8/2015: 
Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja, so, pada tarikh  31 ogos adalah hari terakhir saya bekerja.

1/9/2015: 
Period datang seperti biasa selama 7 hari.

Sepanjang bulan september saya cuba gunakan ovulation strips apabila masuk hari ke-14 iaitu waktu subur sehingga hari ke-16 tak silap, tetapi hasilnya tetap 1 line (-ve) sokmo.
Berbakikan 1 pcs saya simpan, sayang pulak nak guna padahal beli murah je RM 0.80/pcs.
Sepanjang september saya hanya duduk di rumah dan tidak bekerja, banyak masa dihabiskan dengan suami..ehem..ehem..ehemmm

1/10/2015:
 Sepatutnya period datang sebelum atau selepas tarikh ini sebab cycle period saya tak menentu 28 hari-36 hari.

3/10/2015: 
Period lewat 2 hari, berbakikan 1pcs ovulation test sengaja test urine pagi-pagi waktu subuh, terkedu kejap sebab keluar double line, dalam hati 'takkan tengah subur kot, sepatutnya dah period'..sebenarnya saya ada baca satu blog tentang test urine mengunakan ovulation test untuk test kehamilan, kalau naik double line maksudnya pregnant.Perasaan berbelah bagi, nak percaya ke tak nak.

8/10/2015: 
Jam menunjukkan pukul 2 petang, tetiba rasa ada cecair keluar melalui kemaluan, dalam hati OMG takkan dah period, baru je fefeling pregnant..hahahaha.
Terus g tandas dan cek, ha ah lahhh darah, dah period bulan nie (kecewa) terus text suami cakap 'abang, saya dah period', suami balas ' takpe sayang, kita cuba lagi eh'
Then, terus capai tuala wanita dan pakai. 
Malam tu cek lagi eh darah dah kering, aku nie period ke tak..tunggu jelah esok.

9/10/2015: 
Darah dah takde kiranya belum period. So,period lewat 9 hari, tetapi saya tak syak apa-apa sebab period memang ting tong, penah sebulan tak datang, mintak pendapat suami, perlu ke beli pregnancy test, suami cakap tak payah lagi sebab period awak kan selalu lewat.
Pagi tu hantar suami pergi kerja then singgah rumah mak mertua makan nasi n tidur, bertuah punya menantu..keh3

Petang tu bangun je tidur terasa kepala memusing, badan berangin dan tak sedap badan,tak pernah pulak rasa macamnie bila sakit.Terus capai kunci kete balik ke rumah, otw balik rumah hati berbelah bagi, nak berhenti ke tak dekat 7 eleven beli pregnancy test, Akhirnya saya mengambil keputusan untuk beli tanpa pengetahuan suami.

Sampai je rumah, bukak pintu terus lari ke tandas, tawakkal jelah dengan segala keputusan yang bakal muncul..jeng..jeng...jenggggg
Waktu nak test tangan dah mengiggil-gigil macam orang Parkinson, Bismillah dulu then letak, Ya Allah tergamam kejap sebab line naik dengan laju sekali, terus terpampang double line merah pekat.
Ya Allah, first time dapat double line, memang sangat-sangat teruja dan terus menangis teresak-esak, macam biasa capai enset snap gambar dan hantar pada suami. 'Abang, sayang pregnant..Alhamdulillah'..tau tak suami balas apa 'seriously, awak jangan main-main'...Ini betul-betul lah bang bukan cobaan..mau saya tulis gitu tapi takleh nak fikir panjang sebab otak tengah blank.
keluar dari tandas terus sujud syukur.Terima Kasih Ya Allah. Suamiku begitu excited terus cakap ' 'nanti balik abang beli pregnancy test lagi, esok kita test lagi ok'

10/10/2015:
Masih tak percaya, bagun subuh terus capai pregnancy test yang suami beli semalam, test waktu subuh lebih elok sebab air kencing pertama kan..tup tup asal naik satu line je nie, padahal semalam test waktu petang bukan main laju lagi naik double line.Malas nak pikir, biar jelah dalam tandas kejap, 5 minit kemudian still tak puas hati, pergi tengok keputusan dan terus tersenyum :)..nasib baik naik double line,myb sebab test tu murah kot lambat sikit naik..hehe..kejut suami dan tunjuk result. Suami pon tersenyum..hehe
Petang tu pulak, sebab terlalu excited, test lagi..hahaha. Suamilah g beli sampai dua, kan dah gatai tangan nak test lagi, Alhamdulillah kali nie laju je naik double line, kenapa pagi tadi gunakan jenama yang sama tapi lambat..pelikk..biarkan yang pasti double line :) 

Inilah hasilnya:

Atas sekali ovulation test, no 2 dan kebawah pregnancy test.

Masalah yang dihadapi sepanjang mengandung trimester pertama:

Sepanjang mengandung trimester pertama masalah yang paling rungsing adalah spotting dan keputihan. Spotting kekadang fresh blood, kekadang brownies then keputihan pulak dari putih sehingga bertukar coklat..emosi sangat terganggu sebab first time mengandung tak biasa dengan perkara macamnie.Boleh dikatakan setiap minggu mesti spotting fresh blood keluar tapi sikit je, dalam setompok, nama pon spotting kan..Keputihan pulak MasyAllah sangat banyak dan tidak selesa,rasanya setiap bulan doc kasi ubat insert ntuk hilangkan keputihan tapi tak jugak berhasil.
Alhamdulillah sekarang kandungan berada di trimester kedua masalah keputihan beransur pulih tetapi beberapa hari lepas bila dah ada tenaga untuk kemas rumah, pulun lah kemas secantik-cantiknya, keesokkannya amik kau keluar fresh blood yang banyak, memang panik habis..apa yang saya buat adalah bed rest sahaja.

Trimester pertama:

Morning sickness-
Bermula 8w dan keatas, muntah tak kira pagi petang atau malam.Lambat makan muntah angin, terlebih makan pun muntah. Tapi tak delah teruk sampai 24jam kena baring, masih lagi kuat untuk membuat kerja-kerja rumah, cuma tak buat kerja berat. Suami sangat-sangat membantu. 

Pedih ulu hati- Panas perut dan dada kalau makan lewat

Badan berangin- Sokmo sendawa n kentut..hehe

Air liur pekat- Susah betul nak telan air liur

Lidah payau- Gula-gula wajib ada

Banyak tidur- Pagi,petang,siang,malam tidur..Asal letak kepala je terlelap.

Malas- Sumpah malas nak mampos, kain baju,rumah tak terurus, malas masak dan tak lalu makan masakan sendiri.Nasib baik suami uruskan kerja-kerja rumah..hehe

Sakit kepala- Sentiasa pening kepala n tidur

JERAWAT- Memang disaster, jerawat super duper banyak dimuka, atas kepala, kawasan yang tak penah naik seperti belakang badan dan dada pon naik dengan jayanya. Malu nak keluar rumah sebab jerawat teramatlah banyak dan berminyak.

Sakit pinggang- Kadang-kadang je rasa, tulang bontot pon sakit.

Breast sakit- Bengkak dan sakit disentuh.

Kerap kencing- Tak kira masa asyik nak shishi je.

Kawasan ari-ari rasa berdenyut-denyut dan nyilu.

Hilang selera makan- Bila masuk 9-12 weeks,Tak lalu makan, tapi sentiasa lapar,sekarang 15w nafsu makan macam dinosaur.

Tak boleh minum susu, muntah terpancut keluar memang dasyat.

Tak bole tengok or update instagram rasa pening nak muntah, bukak FB je boleh (pelik sungguh)

Takda langsung mood untuk shopping baju atau mendeco rumah. Bayangkan sebelum nie kalau g IKEA macam orang gila nak beli itu, nak beli ini..Boleh pulak waktu pregnant nie g IKEA macam orang takda nafsu dannnn tak beli apa-apa (magic) hahaha

Lepas dah confirm diri ini pregnant, ajak la suami pergi check di Klinik swasta untuk pastikan diri ini benar-benar pregnant. Semasa menunggu giliran, perasaan sangat gementar takut-takut baby hilang dalam perut..hehe

Masuk je bilik doc, gtau doc nak sahkan kehamilan, doc tanya dah buat urine test,saya jawab sudah, so doc cakap ok lah tak perlu buat lagi sebab dah confirm naik double line.Then, doc mintak saya baring untuk scan perut..Doc letaklah gel then letak alat di perut, lama pulak doc godek-godek perut saya, lagilah nervous sebab doc macam tercari-cari..dannn akhirnya jumpa juga kantung baby tapi terlalu kecil, ikutkan saiz 6w 5d..Boleh pulak doc tu cakap' kalau ikutkan 6w dah nampak janin, kantung awak macam kosong je'...potong terus mood happy bila doc cakap macam tu.
'Takpe, kita tunggu lagi 2 minggu untuk tengok pekembangan janin'..balik dengan perasaan risau dan asyik terpikir je pasal baby..sob sob..sob

Inilah rupa kantung baby.

Ikutkan kiraan saya walaupon bukan doc baru 5w tapi kenapa doc cakap kandungan saya dah 6w lebih, confuse kejap..Kemudian semasa kandungan 8w kiraan saya, dengan harapan pergi klinik tu dapat doc lain, tup tup doc yang sama bertugas, boleh pulak dia kira kandungan saya dah 10w.
Scan untuk kali kedua, jawapan yang sama, 'kantung awak kosong,ikutkan 10w dah nampak janin dan heartbeat tapi dalam kantung awak cuma ada peti makanan baby' huaaaa sedih sangat waktu nie.
Boleh pulak doc tu cakap 'Maybe kandungan nie tak jadi, sebab takde apa-apa perkembangan, awak tunggu lagi 2 minggu, kalau turun darah maknanya miscarriage dan awak kena pergi hospital untuk cuci'...Ya Allah bertapa sedihnya waktu tu tapi muka cool je boleh lagi sengih-sengih.
Keluar dari bilik doc suami cakap 'Takpe, kita tunggu, ada tu cuma tak nampak lagi' sob..sob..sob

Ikutkan gambar scan nie, bole nampak kantung semakin membesar dan ada peti makanan baby n tepi sebelah kanan ada dot kecil kemungkinan janin (8w). Waktu nie naluri kuat mengatakan dot tu baby..huhu

Cukup 2minggu sepatutnya pergi scan untuk kali ke-3 tapi gtau suami tak nak g sebab doc tu menakut-nakutkan bukan bagi ayat untuk kita tenang. Tertangguh beberapa hari, baru gagahkan diri ajak suami.Tawakkal jelah dengan sebarang kemungkinan. Ada rezeki ada, Takde usaha lagi.
Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk kita.

Scan kali nie, Alhamdulillah doc yang saya nanti-nantikan, doc nie sangat ramah dan lemah lembut,
kandungan dah masuk 10w, doc tu pon lakukan kiraan semula, dia pon cakap betul kiraan awak dah 10w hari nie..kannnnn dah cakap doc sebelum nie salah kira..ish..ish..ish
Tiba masanya untuk scan, ikutkan hati taknak pandang screen n nak pejam mata sebab takut, tapi curi-curi jugak pandang, sebaik saja doc letak alat scan terus nampak baby, dah sempurna fizikal...Alhamdulillah terharu sangat, terus doc cakap 'Nampak tak nie, dah ada kepala,tangan,kaki'..
Saya dengan tak malunya tanya doc, 'Heartbeat baby dah ada belum', doc pon zoom, Alhamdulillah jantung baby bergerak-gerak..part paling best baby siap berjoget-joget lagi..suami sangat teruja ' Eh, dia gerak lah doc'..doc pon cakap 'baby dah boleh gerak, nampak tak dia lambai tangan dekat awak'...terus suami mintak izin untuk snap gambar n record video..Alhamdulillah Ya Allah, segala kerisauan berakhir.

Alhamdulillah anak ibu dah 10w..Terima Kasih Ya Allah, akan saya jaga sebaik-baiknya permata indah rezeki daripada-mu Ya Allah.

Semoga anak ibu membesar dengan sihat, kuat demi ibu dan ayah, jadi anak yang soleh ye sayang.
Ibu dan ayah tak sabar nak peluk dan cium awak.
Sambungan next entry sebab dah letih menaip...simpan dalam draft dulu :)




Tiada ulasan: