Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 2 Jun 2015

Pregnancy journey: Saya TTC


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah blog nie masih lagi bernyawa..hehe
lama rasanya tak update sebab terlampau sibuk kerja.
orang lain pon kerja jugak tapi ada je masa upadate blog,
semua tu hanyalah alasan semata-mata.

So, tajuk kita harinie adalah golongan istimewa,
golongan terpilih, golongan TTC (trying to conceive)
atau dalam melayunya 'berusaha mendapatkan anak'

Ok,macam mana nak mula eh??
sebenarnya malu nak cerita pasal perkara nie sebab malu sangat 
dengan kawan-kawan yang kawen sebulan dua dah lekat,
ramai yang bunting pelamin..alhamdulillah diorang sihat dan dapat rezeki awal.
Berbalik kepada saya, harinie genap 1tahun 4 bulan usia perkahwinan kami,
tapi langsung takda tanda-tanda, buat masa sekarang nie
ktorg dah cuba kaedah ubat-ubatan dan urutan tapi 
tidak jugak menjadi..belom ada rezeki lagi nampaknya.

Sebenarnya suami langsung tak kisah, setiap hari bagi semangat 
yang tak putus-putus, 'Ya Allah terima kasih jodohkan aku dengan seorang
insan yang sangat memahami dan caring'.

Nak jadi cerita, saya berkahwin pada 2/2/2014..semasa bulan 4,
saya tak datang bulan, after 3 hari perasaan ingin tahu sudah membuak-buak,
so senyap-senyap pergi farmasi beli pregnancy test,
beli bukan 1 tapi 3, sebab tak sabar sangat, lepas beli terus test.
jawapanya memang comfirm la -ve kan.
so, tak puas hati... esoknya bangun subuh terus test lagi sekali,
lagi sekali la -ve dan hampa kan.
pastu terus rasa hampa n google itu dan ini,
sebab tak datang bulan, otak pon dah set simptom-simptom hamil,
konon-konon penat la itu lah ini lah, tunggu lah sampai 2minggu still belom turun darah.

Perasaan ingin tahu datang semula, berbakikan 1 pregnancy test yang belom guna,
Bangun subuh cek lagi sekali n lagi sekali hampa..sedihh.
Dalam hati tertanya-tanya 'aku tak period tapi tak megandung'.
Tunggu punya tunggu cukup sebulan miss period.

Rasa tak sedap hati, ajak suami ke klinik swasta untuk cek dan scan perut.
Masa daftar, saya cakap pada nurse nak scan perut sebab dah sebulan tak period
takut-takut ada masalah lain.
Tau tak nurse tu tanya dah buat buku pink, ikutkan dah 9 minggu 1 hari nie.
Nurse pon gtau doc 9 minggu 1 hari, memandai je padahal belom confirm lagi.
Perasaan waktu tu takdalah berharap sangat..redho je.
Masuk la bilik doc, doc tanya itu dan ini..saya mintak untuk scan perut nak tengok kenapa 
belom datang bulan. Doc pon scan and then tadaaaaa!!!
ohhh patut la period awak terganggu, nampak tak nie...kedua-dua ovary awak ada cyst.
sebelah kanan 4.6cm dan kiri 2.4cm rasanya.
kecewa plus takut semua ada, tapi doc tu kata jangan risau sebab cyst jenis biasa n bila-bila masa akan hilang.. lega sikit rasa,fuhhhh.
Doc bagi lah nasihat itu ini n doc cakap kenapa tergesa-gesa nak anak, baru lagi kawen,
honeymoon setahun dulu pastu baru fikir pasal anak.. hehe 
betul jugak tapi seronok tengok baby, geram sangat.
i cannot tahan tengok baby comel montel rasa nak gigit.
so, untuk cyst memang doc tak kasi ubat juz wait n see, nxt app lg 6 bulan,
doc nak tengok pekembangan cyst, kalo saiz makin besar melebihi 6cm,
terpaksa kena operate buang cyst, soo takut

Selama 6 bulan tu saya amalkan makan makanan sunnah dan cuba alternatif lain,
Alhamdulillah pergi scan perut waktu bulan 11 cyst dah takda, miracle.
sampai doc pon terkejut, betul ke awak ada cyst, saya siap tunjuk gambar scan cyst yang sebelum nie.
Tapi semasa bulan 12 period saya sekali lagi tak datang selama sebulan,
waktu tu beranggapan cyst dah takda maybe mengandung nie dengan penuh harapan berharap.
Jangan cakap la, rasanya semua golongan TTC buat perkara yang sama,
pregnancy test tu jangan cakap berapa banyak beli n test,
rasanya dah habis beratus-ratus, daripada beli yang murah sampailah clear blue digital yang mahal tu.
Sekali lagi pergi ke klinik lain pulak untuk scan perut samada pregnant or cyst muncul semula.
Doc pon scan, doc kata takde pape, rahim cantik, ovary normal.. takde apa-apa perlu risau.
so balik dengan perasaan hampa 'tak mengandung tak sakit'.

Pergi berurut lah, rawatan aura, diorg pulak bagitahu peranakan senget, ovary terlampau ke kanan,
tak hasilkan telur mungkin tak subur tapi bole rawat..macam-macam, kadang-kadang tu rasa macam putus asa pon ada tapi cuba tabah dan fikir 'aku baru tunggu setahun, macamana perasaan orang yang tunggu bertahun-tahun, ada yang 5,7,10 tahun, tabahnya hati diorg'
Mungkin stress kerja n stress dengan orang sekeliling yang tak pernah faham kita.
Family saya sangat memahami, tak banyak tanya.

Dulu asal period lambat sehari dah cek,
sekarang dah sampai tahap tak heran, tahun nie langsung tak beli pregnancy test,
Sekarang nie kena usaha lebih n tak bole putus asa,
banyak lagi cara yang belom cuba, Insyaallah dengan izin Allah,
mana tahu tahun nie dapat merasa pengalaman yang paling berharga,
pengalaman megandung, melahirkan n membesarkan zuriat sendiri kan.
Dulu tengok kes buang bayi cuma rasa simpati n kesian,
sekarang nie pantang dengar berita buang bayi terus menangis macam orang meroyan..huhu
Kalau taknak anak tu jangan buang, kasi saya, saya sanggup jaga n besarkan 
dengan penuh kasih sayang.

Cemburunyalah tengok orang lain ada anak comel-comel,
Pergi shopping tengok baju baby rasa nak beli sangat-sangat.
Bilalah dapat merasa jadi ibu nie...huaaaa 
Mungkin banyak hikmah yang tersembunyi, Allah turunkan ujian untuk
hambanya yang terpilih, semoga tahun nie diberikan berita gembira.
Doakan saya dan suami dikurniakan zuriat yang soleh dah solehah.
semoga kami dijauhi daripada sebarang penyakit yang bahaya.Aminn

comelnya lara..gerammmmm