Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 25 Januari 2016

Pregnancy journey:Checklist keperluan ibu dan baby



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah kandungan sudah masuk 21weeks (5bulan++)
Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu ini.
Ikutkan dan bole check jantina baby, Tapi saja nak tunggu kandungan 25weeks
baru nak pergi klinik dan scan.
Naluri keibuan nie merasakan macam baby girl..hehe
Alhamdulillah ibu dah rasa awak gerak-gerak walaupon tak kuat.
Apa-apa pon kita tunggu dan lihat, semoga anak ibu membesar dengan sihat ye sayang.

Rasanya dah bole kot buat checklist untuk barang keperluan baby dan ibu.
Zaman sekarang semuanya pakai duit, tambah barang baby di pasaran mahal-mahal,
Niat nak kumpul duit untuk keperluan baby tercapai jugak walaupon tak consistent masukkan duit dalam tabung..keh3
 (siap buat tabung lagi..hehe)

Bila agaknya bole mula membeli barang baby?
Kalau ikut petua orang dolu-dolu, seeloknya beli semasa kandungan 7 bulan keatas,
Bila baca blog pengalaman ibu mengandung rata-rata cakap 7 bulan dah tak larat nak jalan, sakit kaki, badan berat, sakit pinggang sampai hilang mood shopping.
Kebanyakkan nasihat supaya beli barang baby bermula 5 bulan dan keatas sebab waktu tu masih lagi aktif dan mudah bergerak.
Nurse pon cakap bila masuk kandungan 28weeks dah kena siap segala keperluan bersalin.
Takut bersalin awal (mintak dijauhkan)
Ikutkan keadaan ekonomi sekarang rasanya masuk 5 bulan boleh beli sikit-sikit,
takdalah terasa sangat duit mengalir macam air.( betul jugak)
Lainlah kalau duit banyak bolelah beli sekaligus kan.
So, sekarang nie kita buat senarai keperluan dan survey harga dahulu.
memang sangat teruja tengok barang baby comel-comel, geram sangat tapi sabar (tahan nafsu).

Saya listkan ikut kategori ye,

A) Pakaian baby

Baju newborn lengan panjang dan pendek 
Rompers
Mittens dan booties
Baju sejuk (jumpsuit) 
Topi 
Tuala mandi 
Pampers newborn
Kain lampin (boleh jadikan kain bedung juga) 
Barut baby
Blanket
Bib (alas sewaktu menyusu)
Detergent pakaian baby


B) Barang penjagaan baby/ mandian

Barang mandian (nak jimat beli 2in1, untuk bodywash dan shampoo)
Baby oil 
Krim tropika (untuk kembung perut keluaran bumiputera)
Nappy rash cream Shaklee (baby pakai lampin kadang-kadang melecet)
Cotton ball (untuk cuci tali pusat)
cotton bud
Nail clipper (khas untuk baby)
Besen mandi 


C) Keperluan tidur baby

Tilam baby (Awal-awal mak dah belikan..hehe)
Bantal baby 
Kelambu (Pakai yang sedia ada)
Baby cot*
Berkenan dengan baby cot IKEA nie RM 179,
Dalam perancangan nak beli bila usia baby 3 bulan keatas maybe atau lebih awal dari tu.



D) Feeding/menyusu

Nursing cover (Guna bila keluar jenjalan or dirumah orang)
Breast pump lacte 
Botol susu tommee tippee (sebab comel)
Nipple cream
Nursing bra
Nursing pad (disposal dan washable)
Milk booster (Dijual dalam bentuk biskut dan coklat, yummyy)
Berus pembersih botol
Drying rack (untuk keringkan botol)
Pencuci botol 


E)Travel/ jalan-jalan

Carseat* (sangat penting)
Baby carrier*
Stroller*
(Semua barang nie tunggu selepas bersalin, ada duit lebih baru beli)


Berkenan dengan Babyzen yoyo sebab boleh dilipat dan ringan,
Senang kalau travel naik flight, jadikan hand luggage sahaja.
Tapi harga hurmmm..kena cari ala-ala babyzen yoyo tapi yang lebih murah.

Survey punya survey terjumpa dua jenis stroller ala-ala babyzen yoyo, jenama Aldo Compatto (made in  Malaysia) harga RM 500 keatas dan Baby Throne (Made in China) harga RM 399 keatas.
So, buatlah pilihan yang bijak, funtion yang sama, jenama je berbeza.
Tapi nak dibandingkan kualiti tak boleh lawan original punya. ( Yang ori kompem tak beli dah..hehe)

Ohh, paling saya excited bila tengok diapers bag comel-comel,
memang dari dulu peminat tegar beg, suka mengumpul beg..haha
Tapi jangan over excited, kita tak tahu masa hadapan lagi, Mintak-mintak dijauhkan daripada perkara-perkara buruk Ya Allah.Permudahkan segala urusanku di dunia dan akhirat kelak.


F) Keperluan berpantang

Set berpantang (Shaklee or nona roguy)
Sweater
kain batik
Stoking
Maternity pad
Bengkung
Tukang Urut kampung (siap bertungku)
Air zam-zam

Banyak kan keperluan baby, kena teruskan menabung sehingga lepas bersalin nampaknya..hehe
selalunya anak pertama memang banyak keperluan yang kita kena sediakan, bila masuk anak kedua ketiga dan seterusnya juz beli barang-barang basic sahaja.

Semoga Allah S.W.T permudahkan,
laillahailla anta subhanaka inni kuntu minadzolimin


(19 weeks left)

Jumaat, 8 Januari 2016

Masakan: Brownies kedut super sedap


Assalamualaikum w.b.t
Sebenarnya dah lama nak kongsi resepi brownies kedut nie,
InsyaAllah, kompem menjadi..saya yang first time buat pon sangat menjadi.
Dengan lembutnya, rasa coklatnya, kedutnya..Ya Allah sumpah sedap sangat.
Resepi ini diambil dari FB: Afzan Mohd,
Terima kasih sis kerana sudi kogsi resepi, semoga dilimpahi rezeki yang berlipat ganda.


Bahan 1:
-100gram butter suhu bilik(boleh guna buttercup or real butter(csc dll)
-100gram gula biasa
-90 gram gula perang
- 2 biji telur

Bahan 2:
- 40gram dark chocolate button jenama beryls(atau apa2 jenama favorite anda, saya guna beryls sebab paling sedap n murah)
- secubit nescafe

Bahan 3:
- 100 gram tepung gandum
-40gram serbuk koko
-3gram garam(saya guna garam bukit, kurang masin sket)
(diayak dan digaul sebati dgn spatulai)

Bahan 4:
- 90 gram dark chocolate button jenama beryls

Cara-cara penyediaan:

1-Campurkan butter, gula biasa dan gula perang(bahan 1) bersama
dan panaskan di atas api perlahan sampai butter cair, kena selalu kacau jangan sampai gula 'caramalize' tau.Bila sudah nampak mcam ada lapisan minyak, stop.
- Proses ini penting untuk buat kedut2 yang menggoda tu.

2-Tukar pada whisk, dan kacau seketika sehingga suam sedikit, dalam 1 minit, kemudian, masukkan dua biji telur dan kacau sehingga telur sebati. Acuannya akan jadi sedikit likat

3-Kemudian, ketika masih suam(penting ya buat ketika ia masih suam spy coklat cair) masukkan coklat button 40gram dan secubit nescafe(Bahan 2). Kacau sehingga coklat cair.

4-Tukar kepada spatula semula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama tadi.(bahan 3)
gaul kaedah fold sehingga adunan sebati dan licin.

5-Selepas siap masukkan tepung, tunggu sekejap dalam 5 minit, untuk kasi acuan tadi suam-suam kuku je, lepastu baru masukkan dark coklat button, 90 gram.Kacau secara kaup balik, sekali dua je tau.

6-Bakar 160, 25min aje, jgn overbake nanti jadi biskut.



Hasilnya, sangat menjadi dan sedap dimakan suam-suam..Selamat mencuba 




Selasa, 5 Januari 2016

Tips kahwin BAJET (Jimat belanja)


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah awal bulan depan genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami.
Masih lagi muda dalam alam perkahwinan.
Nak kasi tips rumah tangga macam tak layak pulak, anak pon baru otw.
So, untuk entry kali nie nak bagi tips untuk berjimat buat bakal-bakal pengantin 2016,
Memandangkan ekonomi sekarang seperti dilamun ombak, kita kena banyak belajar berjimat.
Ini sekadar rujukan, bagi yang tak bersetuju dengan langkah-langkah berjimat  ini tak mengapa sebab setiap orang mempunyai cara masing-masing.
Ambil yang baik-baik sahaja, yang tak baik tu buang jauh-jauh..hehe

1. Mintak sponsor daripada saudara mara terdekat.

Ayat la sikit pokcik mokcik kita mintak sponsor mana tau ada rezeki diorang bermurah hati nak sponsor. Jangan awak mintak sponsor kereta kahwin sebuah memang tak dapat lah jawabnya.
Alhamdulillah, ayah n mak sedara saya sangat baik hati, ada yang sponsor kek, lauk kahwin, goodies, duit, pastu siap kasi hadiah kahwin besar-besar lagi..hehe terima kasih semua.
Lagi satu sponsor tenaga kerja paling penting..diorang mmg superb dan rajin.


2.Pilih tempat yang sesuai dengan budget.

Apa yang saya maksudkan di sini adalah, kalau nak lagi jimat bolelah buat majlis di rumah masing-masing tetapi bila dah ada peluang depan mata, why not kita grab peluang yang ada.
Ayah bekerja sebagai pensyarah di IPTB. Bagi staff  IPTB boleh guna dewan serbaguna secara percuma juz bayar bil api air sahaja, tak sampai RM 100 pon untuk sehari penggunaan.
Lagipon banyak pro berbanding con adakan majlis di dewan nie, contohnya, rumah tak sepah, dewan kedudukan lebih teratur dan sistematik. tandas mudah dicari, siap ekon lagi, mudah tetamu parking dan mencari lokasi majlis, tak perlu sewa canopy dan kerusi sebab dewan dah lengkap dengan kemudahan (meja makan kena sediakan sendiri ye).
Kemudian, gunakan peralatan masjid seperti meja makan, guna pakai barang masjid kampung,
Di kampung masing-masing mesti ada punya masjid sediakan alatan untuk majlis.
Lainlah kalau jenis tak bercampur orang sampai tak pernah pergi masjid kann.



3.Rewang dan makanan pengantin.

Untuk majlis kahwin saya, ktorang tak amik mana-mana katering, juz guna khidmat tukang masak kampung, so bila takde katering maknanya takdalah hiasan meja cantik-cantik.
Takpe ktorang masih ada cara untuk cantikkan majlis dengan jimat berbelanja.
Menggunakan kaedah rewang sangat jimat, makanan yang disediakan hasil titik peluh penduduk kampung sangatlah sedap dan tidak berkira untuk lebihkan bahan.
Bagi makanan pengantin pulak, makan je makanan yang tetamu makan cuma hidangkan dalam bekas yang 'proper' supaya nampak lah perbezaan, padahal apa yang tetamu makan itulah yang ktorang makan..hias lah sikit-sikit supaya nampak sedap..hehe




4.Guna semula barang yang sedia ada.

Sebagai seorang anak seni (betul ke ayat nie), kita kena gunakan kreativiti yang sedia ada..hehe
Contohnya, semasa tunang mak ada jahitkan sarung kerusi dan meja, untuk majlis perkahwinan saya, ktorang tak amik katering, so guna pakai semula sarung kerusi dan meja semasa tunang tempoh hari.

Majlis pertunangan

Majlis perkahwinan

Kemudian, saya gunakan semula pelamin tunang untuk jadikan photobooth semasa majlis kahwin di dewan. 
Papan advertisement pinjam yang dewan punya.
Pelamin tunang nie kos penghasilan under RM 50, pakai je kertas yang berlambak dekat rumah.
Tapi perlukan kerajinan untuk melipat kertas, pagi petang siang malam melipat.
Al-maklumlah anak perempuan sorang, adik lelaki mana mau tolong kerja gini.

Pelamin tunang

Tadaa...dah jadi photobooth kahwin.
Kain putih adalah langsir tingkap rumah..keh3



5.D.I.Y hantaran, guestbook, doorgift, dan hand bouquet (akad nikah)

Alaaa, benda mudah sangat, takkan lah zaman sekolah langsung tak belajar seni, setakat mengunting dan menampal semua orang boleh buatlah. Bukan apa, dengan cara diy lebih jimat dan memuaskan hati. Bayangkan suami tengok dan puji ' Pandainya isteri abang, dah la cantik, kreatif pulak tu' ini contoh ye, suami saya tak pernah puji macam nie..sob..sob..sob

Bayangkan kalau tempah, mau satu hantaran dicaj RM 25-35, kalau 7x RM25=RM 175, modal tak sampai pon RM 175.

Guestbook under RM 50, bayangkan tempah harga RM 100 keatas.
Guna semula kain satin balut hantaran, tambah lebihan kain shawls tunang jadikan bunga.
Semuanya pakai barang terpakai.

Doorgift pon kalau bole buatlah sendiri, pergi cari bahan dan masukkan dalam bekas.
Orang sekarang semuanya nak tempah, senang katanya..pastu over bajet.
Yelah, kita bayar barang ditempah plus kos upah dan kos penghantaran..memanglah mahal kan.
Panggil je jiran tetangga datang rumah sambil-sambil siapkan doorgift boleh eratkan hubungan semasa jiran..kan bagus.



Untuk kanak-kanak ktorg kasi biscuit waffle dan sagon kelapa (maktok buatkan)

DIY hand bouquet serendah RM 15 untuk akad nikah.

Masuk gambar kompem cantik.



6.Kek kahwin.

Untuk kek kahwin saya order kek coklat kosong dan hiasan fondant atas kek saya hias sendiri.
Duduk dapur seharian gentel-gentel bunga fondant..hehe
Guna kepakaran yang ada walaupon tak pakar langsung, boleh la daripada takda.

kek topper print atas kertas je..keh3



7.Make-up sendiri (akad nikah/ photoshoot)

Makeup keluar dengan pakwe boleh, takkan makeup simple untuk akad nikah tak boleh kan. Bukan apa, kos makeup sekarang RM 200 keatas..mahaiii oiiiii.
Sebelum kahwin ada juga terfikir nak upah MUA makeupkan, yelah orang cakap kalau makeup sendiri tak nampak seri, tambahan pula mestilah kita nak muka nampak cantik dan berseri-seri di hari paling bermakna dalam hidup.Then, contact MUA tanya harga, untuk satu sesi RM 250, pengsan.
Sebab nak makeup untuk akad nikah, majlis di dewan dan post wedding photoshoot.
Total RM 750..tak mampu eden. Saya nekad untuk makeup sendiri untuk akad nikah dan post wedding photoshoot, lantak lah cantik ke tak yang pasti jimat duit..tak elok membazir.
Makeup majlis di dewan je MUA makeupkan..huhu
Jimat RM 500.00 hoiiii

Akad nikah makeup sendiri

Post wedding photoshoot makeup sendiri.

Majlis di dewan MUA makeupkan, suka sangat.



8.Pilih hand bouquet dan kasut yang ngam semua baju.

Saya sewa 3 helai baju untuk majlis akad nikah/photoshoot (baju sama), majlis dewan dan majlis bertandang. Takkan sehelai baju sepasang kasut dan hand bouquet berbeza.Rasa rugi pulak sebab bukan murah.  Jadi, saya order hand bouquet manik berwarna white, light silver n dark silver berharga RM 130. Bayangkan kalau fresh flower untuk 2 majlis yang jarak seminggu mesti sediakan 2 pcs. Harga tau-tau jelah. Kasut pulak saya beli warna white ada bling-bling silver berharga RM 92.
Boleh match kesemua baju ..hoyehhh




Post wedding photoshoot

Majlis sebelah perempuan

Majlis bertandang



9. Pilih pakej kahwin yang jimat

Pakej perkahwinan ktorg daripada AtuZ wedding, boleh dikatakan semuanya ambil disitu termasuk barang goodies,barang hantaran, semuanya beli di AtuZ jadikan satu resit dan bayar sekaligus.
Lebih murah sebab kitorg amik banyak, kebetulan ayah kenal dengan tauke, selalu berurusan jual beli dengan tauke lagilah mudah. Dapat freegift bermacam-macam.

Pakej AtuZ: Pelamin dewan, meja makan beradab, laluan karpet merah x2, pintu gerbang, hiasan berlampu sepanjang laluan karpet merah x10, meja kek, baju 3 pasang (iktukan sepasang sewa RM 650-800), F.O.C baucer RM 20, hiasan kereta, bunting x2 dan bunga telur (100pcs).
Ikutkan pakej nie RM 4k termasuk photographer dan makeup tapi saya tolak kedua-dua nie atas sebab dah biasa dengan photographer merangkap kawan abang dan makeup pulak lelaki makeupkan, seboleh-bolehnya taknak lah.So,tolak dua benda tambah pembelian jar kaca 3000pcs dan barang-barang hantaran plus sewa baju tambahan semuanya RM4k++
Bagi saya sangat murah dan berbaloi-baloi.

Pelamin dewan

Pintu gerbang, hiasan laluan berlampu dan karpet merah.



Meja makan beradab.

Hiasan kereta.

Bunga telur.



10.Photographer (kawan abang)

Photographer ktorang adalah kawan kepada abang saya, gambar memang cantik dan berkualiti yang pasti dapat harga murah dan berbaloi-baloi tau.
Kalo tengok hasilnya memang mantop mybe sebab jenis lens yang diorg gunakan kot.
Tak perlu nak edit lebih-lebih sebab gambar raw dah cukup cantik n berkualiti...suka..suka..suka.
Tengok lah gambar majlis dan post wedding ktorg cantik kan..sila jeless..hehe
Part nie paling jimat, harga berbaloi-baloi.





11.Kad kahwin,bunting dan button badge.

Bab kad kahwin dan bunting nie memang jimat sebab abang ipar bukak kedai printing,
memang dapat harga special adik-beradik. Memang rezeki bila kita kenal dengan ramai orang.
Lagi banyak kenalan lagi mudah urusan kita sebenarnya. Sebab tu kita digalakkan bersosial untuk menambah kenalan. Design kad kawen, bunting dan button badge saya design dan cari contoh, membe UiTM (aen) tolong tiru semula design dalam adobe.Terima kasih aen.
Kad kawen buat sejenis je tak payah VIP kad sebab nanti diorang campak jugak dalam tong sampah.

kad kawin, semuanya sama takda VIP kad.

Button badge

Bunting



12.Mas kahwin dan duit hantaran.

Tujuan kahwin bukan untuk menilai hantaran siapa paling tinggi, niat kita adalah untuk membina masjid, Duit hantaran selalu diminta oleh pihak perempuan untuk kos pembelanjaan majlis.Sebab tu sampai 10k 20k 30k mintak, sebab nak adakan majlis grand.
Saya berkahwin, suami hanya memberi mas kahwin sahaja sebanyak RM 2k,
Sebab ktorg tak mintak duit hantaran. Sekadar mas kawen 2k, seutas rantai tangan (suami yang nak kasi) dan sebentuk cincin (untuk lelaki)..selesai, mudah kan,
Tak perlu pihak lelaki pening kepala nak sediakan duit hantaran.
Bagi menutup mulut orang disebabkan saya kahwin muda, ktorg sediakan cek bertulis RM 11k supaya orang tak mengata bukan-bukan. Tau-tau jelah makcik-makcik kampung macam mana, bagi hantaran sikit kecoh, hantaran banyak pon kecoh, tak bagi langsung lagi lah kecoh.
So, jalan mudah buat-buat ada je padahal takda..keh3
Disebabkan masih belum bekerja dan baru sangat tamat belajar,
Segala kos pembelanjaan perkahwinan ditanggung oleh mak ayah sebab tu kena jimat.
Semua benda kalau boleh nak buat sendiri supaya dapat ringakan pembelanjaan mak ayah.
Alhamdulillah perkahwinan ktorang walaupon sederhana still nampak mewah.
Berbelanjalah ikut kemampuan yang pasti jangan berhutang.

Keluarga baru :)


Ahad, 3 Januari 2016

Deko Rumahku Syurgaku


Assalamualaikum w.b.t
Dah lama sebenarnya nak menaip entry tentang home decor,
Sampai dah masuk tahun baru 2016.
Memori 2015 yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila iaitu
jeng..jeng..jengggg

Saya ada join group DRKSK ( Deco rumahku syurgaku) di FB, memang mak-mak sangat lah join group deco-deco nie, kalau dah minat umur bukan ukuran..ye dokkk
So, sepanjang join group tu tak terlintas langsung nak join contest yang admin anjurkan,
yelah, ukur baju di badan sendiri.
Saya rumah sewa bukan rumah sendiri plus rumah kecik sangat tinggal berdua.
Nasib baik admin yang baik hati tak pilih bulu, sesiapa saja bole join contest tak kira lah rumah sendiri ke, besar or kecik semua boleh asalkan deco rumah menarik tertarik kau memang dabommm.
Terdetik di hati nie nak cuba, mana tau rezeki kan..Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia sila sambung sendiri.

Gambar-gambar yang saya masukkan untuk pertandingan like terbanyak.
Rumah saya nie daripada barang sikit lama-lama dah macam stor sebab nak sumbat macam-macam.
Konsep rumah: Carca merba (Black and white)
Bole dikatakan nordic style sikit, scandinavian sikit, minimalis sikit.

Ruang tamu + Ruang makan
Rumah kecil, oven pon ada dekat ruang tamu

Rajin nau potong kertas bentuk 3 segi dan tampal satu-satu dekat dinding.

Master bedroom tanpa tandas.

Sudut untuk bersiap.

Like terbanyak adalah gambar dapur cinonet saya nie.
Ramai betul berkenan dengan konsep macam nie.

Ramai yang tanya kedudukan dapur dimana,
Tadaaa....bayangkan bertapa kecilnya dapur..so barang tak boleh sarat sangat.



Alhamdulillah, sepanjang sebulan contest berlangsung saya mendapat like sebanyak 8k..wowww
sesuatu yang tak dijangka.

Alhamdulillah again, saya mendapat tempat ketiga..Syukur Ya Allah.

Terima kasih banyak-banyak admin group DRKSK kerana telah membuka peluang untuk saya join contest yang disediakan, terharu sangat-sangat dan tak sangka bole dapat Top 3, sedangkan yang bertanding sangat ramai..rumah masing-masing mewah dan elegant..rezeki rumah sewa.hehe

InsyaAllah, tak sabar rasanya nak ada rumah sendiri walaupon tak tahu bila, myb early 30-an, 
harap-harap masin mulut nie..hehe
Bila dah ada rumah sendiri mesti mood mendeco lagi extreme bebeh..aminn
Sentiasa mendoakan dimurahkan rezeki daripada Allah s.w.t.

p/s: Tak sabar rasanya nak deco bilik tidur plus bilik baby..2 in 1,
Doakan saya dan baby sihat dan selamat dilahirkan.