Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 23 Februari 2016

Romantic picnic ( Pantai Sepat )



Assalamualaikum w.b.t
Kembali lagi menghupdate blog dengan cerita-cerita lama..keh3
Tujuan harinie nak kongsi idea picnic bagi mereka yang busy macam ktorg dan tak sempat langsung nak g holiday kemana-mana 
(duduklah dalam kuantan nie..bosannn)
Disebabkan mood nak holiday membuak-buak, laki bini pulak kerja sampai sabtu, ktorg cuma ada hari ahad je untuk berjalan-jalan, amik angin. ( macamnie lah nasib orang kerja sendiri).

So, jom kita ber 'romantic picnic' bersama yang tersayang, deco ala-ala omputih sikit,
Apa yang anda perlukan ialah kelambu nyamuk, tikar/kain putih dan bantal.
Makanan pulak terpulang pada masing-masing.
Kebetulan waktu nie amik tempahan kek, so ada extra kek coklat cheese kukus.
Then, saya decolah ikut suka hati..asalkan masuk perut kenyang jugak.

Lokasi berpicnic pulak, sangat dekat dari rumah, 5 minit pon dah sampai.
Kawasan rumah ktorg ada banyak pantai, tapi ktorg lebih suka pergi pantai sepat sebab view pantai yang cantik ala-ala overseas.
Beruntung duduk kawasan rumah dekat dengan pantai nie.

Cantik kan background pokok-pokok tu.

Suami saya memang pemalu orangnya.

Ktorg bawak buah mata kucing, kek coklat cheese kukus, air kosong dan air teh.

Gambar-gambar nie diambil sebelum tetamu ktorg sampai,hehe
siap jemput tetamu datang lagi lepak-lepak sampai lah ke petang,

Diharap dapat memberi inspirasi kepada pasangan lain untuk meluangkan masa bersama orang tersayang. Kalo buat photoshoot post-wed pon cantik jugak kan..tehee


Sabtu, 20 Februari 2016

Masakan: Roti gebu


Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian kali nie adalah cara-cara menghasilkan roti yang gebu gebas ala-ala kapas,
Doh roti nie adalah doh basic, boleh jadikan pelbagai jenis roti dengan menggunakan resepi nie.
Boleh hasilkan roti manis, roti sarang lebah, roti kacang merah, roti chicken floss, roti hotdog dan pelbagai lagi.

Tips: kena sukat bahan menggunakan penimbang digital.
Uli doh menggunakan bread maker (pakai tangan kurang elastic)

Bahan-bahan:

240 gm tepung high protein
60 gm tepung gandum
63 gm gula halus
7gm yis kering 
25 gm susu tepung
5gm softpan atau bread improver
5gm garam
*(Ayak kesemua bahan)

1 biji telur
15gm shortening
15gm planta
150ml cecair ( 50ml air, 50ml susu segar, 50ml ais batu)

Cara-cara:
1- Masukkan kesemua bahan dalam bread maker dan uli sehingga doh elastic.
2- Selepas uli, bentukkan doh, kena guna minyak sebab doh sangat lembik supaya tidak melekat.
3- Rehatkan doh selama 3 jam dan biarkan kembang sebelum dibakar selama 20 minit, suhu 160-170 darjah.

Contoh roti sarang lebah:

Sebelum bakar, tabur almond flakes, bijan hitam dan pumpkin seed

Selepas bakar curah sos butterscotch...nyummm

Sedap dan gebusss

Resepi sos butterscotch: 

40g butter
1/2 cup whipping cream
1/2 cup gula perang
secubit garam dan esen vanilla

*(masak atas api sihingga likat)


Contoh roti hotdog, menggunakan doh yang sama:

Sebelum dibakar

Selepas dibakar, hilang satu masuk perut.

Contoh penggunaan gliss pada roti:

Telur kuning menyerlahkan lagi warna roti kan.


Selamat mencuba


Rabu, 17 Februari 2016

Masakan: Hobi memasak



Assalamualaikum w.b.t
Al-maklumlah jadi suri rumah nie cepat nau bosan, nak tengok tv pon cite tak best nak layan,
Update blog lah jawapannya, seminggu dua kali nampaknya.
Sebelum nie punya susah nak update sampai 6 bulan sekali baru update,
sementara ada peluang dan masa untuk update, gunakanlah sebaik-baiknya.
Pasnie entah bila pulak nak rajin macam nie,

So,entry kali nie nak cerita sikitlah tentang hobi memasak yang tak dapat dibendung plus selepas kawen nie tanggungjawab sediakan makan minum suami,
maka bertambah-tambahlah skill memasak sampai buntu idea untuk memasak ..setiap hari pening fikir nak masak apa.

Enrty kali nie biar gambar berbicara:
Masakan sepanjang bergelar seorang isteri..cewahhhhh
Antara gambar masakan yang sempat snap..sebenarnya ada 3 dozen lagi..keh3
( ye ye ooo je kau murni)

1. Laksa kedah (fav sepanjang zaman) / 2. Kek coklat karamel kukus / 3. Butter prawn w egg floss
4. Siakap stim dan siakap 3 rasa (memang suka siang siakap ala-ala terbang)

1. Mee goreng basah / 2. Ayam goreng ala KFC/ 3. Spaghetti bolognese / 4. Makaroni bakar 
5. Nasi Arab / 6. Bihun goreng.

1. Ikan masak sambal, Kangkung goreng, sambal penyet/ 2. Ikan bakar protugis/ 3. Asam laksa
 4. Kari ikan/ 5. Kerabu kaki ayam/ 6. Lamb tortilla wrap

1. Blueberry muffins, sambal sardine, masak lemak pucuk keledek/ 2. Sambal tumis udang petai, ikan goreng, bendi rebus/ 3. Ayam masak berlada, kangkung belacan/ 4. Telur bersarang sweet sour, kobis goreng/ 5. Ayam masak sambal bali, buncis goreng telur/ 6. Ikan bakar, air asam utara, ulam timun.


1. Homemade burger daging dan roti / 2. Roti hotdog kosong / 3. Roti hotdog n mix vege 
4. Roti sarang lebah / 5. Puding roti butterscotch 
 6. Hummingbird cake w cream cheese,pecan n walnut. 


1. Banoffee pie / 2. Classic pavlova (my signature dessert) / 3. Pancake gebu / 4. Macaroon
5. Brownies kedut / 6. Epal coklat (tempahan hantaran)
( Waktu tengah rajin amik tempahan dessert modern, tetapi sekarang dah malas..hehe)

1. Kuih keria sira gula melaka / 2. Mango n vanilla sponge cake (tempahan) / 3. Donut gebu gebas
4. Kuih keria sira gula melaka / 5. Pisang goreng cheese / 6. Kek coklat kukus.

Dalam sedar tak sedar dah banyak sebenarnya masakan yang saya masak, kebanyakkan resepi saya google dari internet, semuanya mudah, resepi dihujung jari cuma rajin dan kurang rajin je mencari.

Antara dessert modern yang saya cuba selain dari gambar diatas adalah mango cheesecake, fruit tart, cheesetart, cheesecake, puding karamel,puding trifle, creampuff, congo bars, churros, eclairs, durian crepe, pelbagai jenis cookies, pelbagai jenis cake dan macam-macam lagi.Biasalah perempuan sukakan kemanisan..hehe

Saya sangat sangat suka memasak dessert modern, pantang dengar resepi baru mesti nak cuba.
Kadang-kadang tu sampai 4-5 kali mencuba baru menjadi, tapi saya tetap usaha cari resepi yang terbaik dan olah sendiri resepi supaya menjadi, bertapa gigihnya nak dapatkan perfect dessert.
Bila dah dapat apa yang saya inginkan, bertapa puasnya rasa.. berbaloi usaha walaupon sekadar buat makan sendiri..saya suka sediakan makanan yang terbaik untuk family, bukan sekadar memasak ala kadar dan cincai mincai.

Masakan kuih tradisional saya kurang mahir, saya hanya buat apa yang saya suka makan macam kuih keria, donut, sagu gula melaka, buah melaka, kuih getas, kuih butir nangka, kuih cara, apam balik, kek gula hangus, popiah goreng..itu jelah yang saya cuba.
Lepas nie nak try buat kuih seri muka, fav sepanjang zaman..tau beli je dan makan, belajar taknak.

Masakan harian dan lauk pauk pon kurang pandai tapi bolelah masak untuk family makan, sedap tak sedap tolak tepi, buat masa sekarang nie takda yang complain tak sedap lagi, kurang masin n terlebih masin tu lain kiralah..hehe...First time masak nasi tomato selepas kawen terus jadi makanan fav mak mertua..nasib baik menjadi dan sedap, nasi ayam pon sama, diorang cakap boleh niaga, pon first time jugak memasak selepas kawen.

Sebelum bergelar isteri memang tak masuk dapur pon tolong mak masak, masuk dapur kalo mood memasak dessert datang atau sediakan makanan untuk raya. Masakan harian memang tak amik port langsung, serah 100% pada mak yang memasak, mak pon takdelah bising ke apa tak belajar masak, mak bising kalo ada pinggan mangkuk dalam sink yang tak basuh..mak memang cerewet bab kebersihan dapur dan peti sejuk.Sebenarnya dengan bebelan mak tulah mengajar saya tentang kebersihan dan kekemasan.

Bole dikatakan memang tak belajar masak, mak pon tak ajar, setakat tunjuk gitu-gitu je, itupon sebab tanya. Pandai siang ikan pon selepas kawen (cerita benar) itu pon sebab usha adik ipar siang ikan, Curi-curi pandang dan praktis.Semasa zaman belajar main hentam je siang asalkan insang dan perut ikan dibuang..keh3, kalo siang ayam, udang, ketam, seafood pandailah sebab tengok mak buat tapi tak tolong pon. Bab kupas buah pon belajar daripada ayah, selalu nak makan buah ayah kupas..tapi tak pernah praktis pon..haha sangat teruk kan. Macam nie kot jadi anak perempuan sorang.

Walaupon zaman remaja tak kerap masuk dapur tapi minat untuk memasak ada, suka sangat tengok rancangan masakan, Tengok maktok n mak memasak, maktok pandai masak dan berniaga bermacam-macam makanan terutama musim perayaan berkilo-kilo orang order ketupat palas, dodol dan halwa maskat..memang sedap..Selain musim perayaan, maktok ada buat karipap dan roti canai frozen..pon sedapppp...terliur pulak. Rasanya mewarisi bakat kot..bakat memasak amik dari mak, bakat seni amik dari ayah..hehe. Ohh lagi satu, saya banyak belajar memasak melalui pemerhatian dan experiment.

Sejak berkahwin dan berhijrah ke Kuantan, Pahang, saya dah banyak belajar masakan pantai timur dan of coz masakan pahang. Suami yang dah lama duduk pahang tapi tak makan patin tempoyak, lepas kawen terus makan n suka..berkat air tangan isteri kot masak patin tempoyak kena dengan selera tekak suami. Selain tu, sambal hitam, sambal bilis tempoyak saya cuba buat dan menjadi.Alhamdulillah.

Rasanya dah banyak kot membebel dalam entry kali nie, saya takda niat nak membangga diri sekadar perkongsian bersama, semua orang ada bakat dan minat masing-masing kannn.
Ok pasnie nak kongsi semua resepi yang saya ada, semoga bermanfaat untuk saya dan juga anda.


Khamis, 11 Februari 2016

Anniversary 2015/2016



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnian-Nya
Sekejap sangat masa berlalu, tup tup dah masuk tahun ke-2 alam perkahwinan.
Tanggal 2 Februari setiap tahun adalah hari yang bermakna untuk kami.
Terima Kasih Ya Allah masih memanjangkankan jodohku bersama orang tersayang.
Banyak liku-liku kehidupan kami tempoh bersama walaupon usia perkahwinan baru setahun jagung bak kata orang tua-tua.
InsyaAllah dengan izin-Nya tahun nie kami tidak lagi berdua malah bertiga..aminn

Seperti biasa tiap kali menjelang anniversary mesti terpikir nak lakukan something special untuk orang tersayang, nak ajak makan kedai macam membazir pulak plus tak bole nak romantik, kang termuntah orang sebelah tengok ktorg..hehe

So,cara paling mudah dan senang adalah masak sendiri dirumah dan makanlah sepuas-puasnya.
Alang-alang update pasal anniversary ke-2, nak throwback sikit anniversary yang pertama.

1st anniversary, masuk bilik nak tido tengok atas katil ada bunga,kad ucapan n cincin...tuan nak bagi dah berdengkur sebab tunggu isteri kemas dapur lama sangat..so sweet terima kasih abang.


Gambar pertama: 1st anniversary, rajin pulak buat croquembouche (creampuff tower), salad buah n spaghetti agio olio versi pedas.

Gambar kedua: 2nd anniversary, roasted black pepper honey chicken, mushroom soup, fries n prata bread..perap ayam je yang lain semua segera..hehe nampak sangat malas...tapi hiasan mantoppp


Saya dapat apa untuk anniversary ke-2..tadaaa hanya senyuman, pelukan dan ciuman..hahaha
takda bunga-bunga untuk tahun nie..hehe
Apa-apapon terima kasih abang, jadi suami yang terbaik untuk saya, menantu yang baik untuk makayah saya..sob..sob..sob

Preparation untuk anniversary dinner adalah plan last minit, orang kata asal ada ja.
Sehari sebelum, keluar dengan biras jalan-jalan, terus terpikir nak buat anniversary dinner.
So, belilah segala barang memasak n nasib baik sempat g beli bunga padahal dah pkul 5 kedai nak tutup dah..dapatlah bunga kekwa walaupon niat nak bunga lain..haha

Menggunakan kreativiti yang ada serta barang-barang rumah ala-ala vintage gitu, 
terhasillah meja makan ala-ala rustic dinner..suka..suka..suka

Sebelum letak makanan.

Selepas letak makanan...nyummm


Air sirap lupa tuang..Alhamdulillah suami puji sedap siap ajak meniaga lagi.
Macam-macam la awak nie..of coz la sedap masak dengan kasih sayang..hehe
Suami cakap, tahun depan dah ada penambahan kerusi baby sebelah..makan bertiga pulak..hehe
Aminnn.

Sangat berpuas hati dengan hasil air tangan sendiri, semoga dapat kekalkan kemanisan dan keharmonian hidup berumah tangga hingga ke jannah..Nak pikat suami senang je, pikat melalui masakan..semoga suami maintain, jangan buncit lagi tau..hehe