Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 14 April 2016

Pregnancy journey:Sesi mendobi baju baby



Assalamualaikum w.b.t
Saat paling dinanti-nantikan, membasuh baju baby,
Excited terlebih, biasalah nak berubah status kan.
Disebabkan saya banyak beli barangan berwarna putih, so terpaksalah buat 2 trip membasuh, trip pertama basuh baju,kain putih-putih dulu, rendam dalam 15minit dan bilas.
MasyaAllah baru satu trip rasa macam nak tercabut pinggang nie tau.
Tak sangka pulak bole jadi macamtu, nampak sangat dah takleh nak lasak-lasak bila masuk trimester ketiga nie..cepat mengah pon ye.
So, trip kedua saya postpone selama 3 hari disebabkan dah tak daya nak basuh.
Gigih sangat ibu nie basuh tangan tau.
Untuk permulaan je basuh tangan, nanti masukkan dalam jaring berzip, campak je masuk mesin basuh..senang..hahaha

Saya gunakan pencuci Pureen ABD, sangat wangi dan bau lembut.
Mahal jugak saya beli 1 botol kecil RM 21.90.
Sebab baca dari blog ibu hamil yang lain rata-rata beli dengan harga bawah RM 20.
Rasanya tahan untuk 2-3bulan sebab baju baby kecik je.

Hasil basuhan trip pertama, saya nie terlampau suka black n white,
Abis baju, bedung, barut ibu beli black n white untuk awak.
Separuh nyawa melayang sebab penat sangat mencuci..keh3 (drama sangat)
Waktu nie tak beli lagi hanger kecik, so pakai lah hanger besor.

Next, trip kedua basuh baju berwarna pulak.
Ikutkan sikit je baju baby yang saya beli, cukuplah kan, nanti lepas baby keluar baru shopping banyak-banyak. Yeayyy dah ada hanger kecik, murah pulak tu.

Jemur jangan tak jemur, banyak romper sebenarnya..hehe

Selesai bab membasuh, bab melipat pulak, asingkan barang yang nak disimpan dan barang untuk masukkan dalam beg hospital.

Sukanya tengok baju baby.....comellllll.

Barang-barang untuk dibawa ke hospital, semangat siapkan awal-awal.
lagi awal lagi bagus kan.
Barang untuk labour room, saya masukkan dalam plastik asing..senang suami nak amik nanti.
mana tau gelabah bini nak bersalin.

Selesai sudah semuanya, lega rasa, selagi tak cuci, selagi tu rasa tak senang duduk.
Sebelum tu, nak cerita sikit bab membeli besen mandi dan towel mandi,
Sebelum nie survey di kedai Manjaku, ingat nak beli situ je sebab senang, sekali tengok harga besen, mak aiiiii mahalnya RM 39.90 saiz kecil, RM 49.90 saiz besar, towel mandi pon sama, ada 2pcs dalam 1 pack RM 16-18.
Bukan kedekut tapi macam tak berbaloi lah nak beli, sebab banyak lagi barang kena beli.
So, saya decide nak beli besen mandi IKEA je baru RM 19.90, cantik pon cantik tapi, banyak betul tapi..hehe tapi bila entah nak g IKEA.

Satu hari tu keluar jalan sorang sebab bosan sangat duduk rumah, singgah kedai COWBOY, kedai nie memang best cuci mata, dah macam poket doremon, nak apa semuanya ada.Harga sangat murah dari kedai biasa.
Belek punya belek barang terjumpa towel mandi yang sama, saiz sama,warna sama, kualiti sama tapi dijual dengan harga RM 4/pcs, apa lagi belilah 2pcs warna hijau n peach.
Sebelum nie dah beli towel pureen yang tebal sehelai, so cukuplah 3pcs towel mandi.
Besen pulak ada pelbagai jenis warna, saiz dan harga. Bermula dengan RM 13.90- 17.90.
Saya beli besen mandi yang berharga RM 15.90..sangat berpuas hati..jimat duit aku.


Memula ingat nak ambik warna hijau tapi baby blue pon cantik..pegang letak, pegang letak, lastly baby blue menjadi pilihan, payah betoi lah, nak beli besen je pon.

Rasanya kelengkapan baby hampir lengkap, yang mana bole beli selepas bersalin postpone dulu, barangan sebelum bersalin 98% dah lengkap. Yang belum lengkap barangan ibu semasa berpantang nanti, beg pon tak kemas lagi, tunggu balik penang baru kemas.
Minggu depan dah balik penang tinggal lah suamiku di Kuantan..sob..sob..sob
Alhamdulillah, dengan segala nikmat yang Allah S.W.T beri, semoga anak ibu sihat, sempurna fizikal dan mental, doakan ibu mudah bersalin nanti.

8 weeks left :)