Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 27 Mei 2016

Assalamualaikum dunia


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah Ya Allah atas kurniaan rezeki paling terindah ini,
Setelah 1 tahun 8bulan saya ber 'TTC' akhirnya zuriat yang ditunggu-tunggu telah pon hadir.
Segala pahit getir sepanjang mengandung 9 bulan berjaya saya tempuh dengan tabah,
Genap 38minggu 1 hari lahirlah putra kesayangan kami,
Pengalaman indah yang tak dapat dilupakan,
Saya masih lagi ditahan di ward disebabkan baby kuning,
Doakan anak ibu cepat sembuh sebab ibu dah tak tahan duduk ward lama-lama, huhu
Sedih sangat rasa sebab tak dapat peluk cium suami lagi sejak dia balik selasa lepas.
Dah 5 hari ditahan di ward nie, nak balikkkk..huaaaaa
Kesian mak ayah dan suami, ulang alik dari rumah ke hospital setiap hari.
Sedihhhhhhh

Elman Waseem bin Mohd Kamarul Afiq nama diberi, bermaksud berilmu dan segak, semoga anak ibu menjadi insan berguna yang membanggakan ibu ayah kelak.
Lahir pada 26/5/2016 (Khamis)  jam 4.26 petang secara normal, seberat 3.23kg.
Alhamdulillah Ya Allah.


  Update: 

Setelah seminggu berada di ward, emosi saya sangat-sangat terganggu, yelah anak sulung, sakit beranak tak abis lagi dah kena tahan ward bersama baby, kena jaga baby dalam keadaan sakit, hanya tuhan je yang tahu perasaan waktu tu, air mata mudah sangat jatuh.
Saya nekad merayu pada doc untuk keluar jugak dari ward, pada mulanya doc berat hati untuk lepaskan ktorg keluar sebab bacaan kuning baby belom betul-betul stabil. Tapi dah kalau tiap-tiap hari mintak, doc akhirnya akur.

Perasaan waktu tu syukur sangat, bole balik rumah rasa sangat-sangat lega.
Dapat jumpa suami, mak ayh bole tolong jagakan baby.
Duduk di ward langsung tak keluar susu, sebab dalam keadaan yang stress, susu pon keluar setitik gitu, dapat balik rumah amik kauuu meriah sangat-sangat.

Walaupon sekarang sudah hari ke 12, Alhamdulillah bacaan kuning baby El semakin hari semakin baik, semoga anak ibu ayoh cepat sembuh ye. Nanti kita nak balik Kuantan pulak jumpa tokwan dan tokki. Sambung berpantang dan raya disana.
Raya kedua kita balik penang pulak untuk majlis akikah awak.


Isnin, 23 Mei 2016

Pregnancy journey: Ujian MGTT & Ujian BSP


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah masih lagi rajin untuk update blog,
Kandungan berada di minggu ke-37 dan 5hari.
Sayang ibu taknak keluar lagi, cepat lah keluar sayang, tak sabar nak gomol awak.
Buat masa sekarang nie makan sangat lalu, berat pon naik dengan jayanya.
Dah baca tajuk mesti dah tau kan saya nak share pengalaman apa.

Ujian MGTT ( Modified Glucose Tolerance Test) atau dikenali sebagai ujian kencing manis (minum air gula). Sejarah family, mak ayah takde pon kencing manis. So, ingat terlepaslah daripada minum air gula, tapi disebabkan makan lalu, berat naik daripada 45kg-59kg (semasa 35w) sekarang dah 60kg (37w), doc arahkan waktu 35w kena buat ujian MGTT nie..oh maiiiiii memang berat hati sangat nak buat.Puncanya, berat naik mendadak.

So, semasa 35w saya dah balik ke penang, sambung buat pemeriksaan mingguan di penang. Sehari sebelum ujian, start pkul 10 malam kena berpuasa sampai lah esok hari. Esoknya pkul 7.45 pagi saya dah tercegat depan klinik untuk amik darah, setelah darah diambil, nurse akan kasi secawan air gula suam untuk minum, tips minum air gula, minum dengan sekali nafas, jangan minum sikit-sikit nanti terasa sangat. Dengan sekali teguk habis saya minum, lupa pulak bawak air masak untuk bilas lidah, terasa sampai ke tekak manis. Lepas minum air gula mula lah kepala pening dan terasa loya..nasib baik tak muntah. Untuk amik darah seterusnya kena tunggu 2 jam, disebabkan ayah yang hantar g klinik, saya pon tunggu jelah dalam klinik, kalau datang sendiri dah lama balik tido..hahaha

Seminggu kemudian, dapat call dari klinik, naik je no dah agak dah mesti result air gula tak lepas, memang betul pon, bacaan selepas minum air gula lebih dari normal. Tapi saya akui sepanjang pregnant saya memang berselera, makan nasi kadang-kadang sehari 3pinggan, plus suka makan manis-manis, stok ice cream, coklat mesti sentiasa ada dalam peti. Makanan masam saya kurang. Disebabkan gaya pemakanan tak sihat, pantang nampak makanan kang dah kantoi. Terpaksalah buat Ujian BSP (Blood Sugar Profile).

Ujian BSP nie pulak, sekadar amik darah dihujung jari, berbanding ujian MGTT amik darah satu tube di pelipat lengan. Ujian BSP perlu diambil sehari 4x, memang kerja saya ulang alik g klinik lah, alat BSP tu boleh je beli di farmasi, takdelah mahal sangat dalam rm 100++. Tapi disebabkan kandungan dah 36w waktu tu, macam tak berbaloi nak beli, sebab ujian nie kena repeat 2 minggu sekali..dah dekat nak beranak dah. Macam biasa sehari sebelum, start pkul 10 malam kena puasa, pukul 8 pagi g klinik amik darah dan tengok bacaan gula, next pukul 12 tghari, so sebelum pkul 12 kena puasa 3jam, lepas pkul 8 tu boleh lah nak sarapan. Kemudian pkul 4.30ptg dan 10malam, yang penting 3 jam sebelum amik darah kena puasa, rutin makan teruskan macam biasa. Disebabkan banyak membaca pengalaman orang dalam blog, hari ujian BSP dibuat, jangan sentuh nasi langsung dan makanan or minuman manis, saya makan protein dan sayuran sahaja plus minum air kosong. Result keempat-empat test bebas kencing manis...haha

Tapi ujian BSP nie kena repeat 2minggu sekali, next 31/5/2016 nanti, harap-harap sebelum 31hb baby dah keluar.aminnn
Rutin mingguan bila masuk trimester ke-3, kena ulang alik g klinik seminggu sekali.
Malas betul rasa tapi demi anak, ibu sanggup tau sayang. Harinie g cek perut macam biasa, semuanya normal, nurse gtau kepala baby dah masuk laluan antara tulang pelvis, maksudnya baby dah engaged, dah bersedia untuk keluar..Alhamdulillah, bertambah excited ibu tau. Tapi belom turun tanda-tanda or sakit, kita tunggu jelah.
Disebabkan ujian MGTT tak lepas, saya dikategorikan sebagai pre- diabetes, so bila kandungan cukup 40w baby taknak keluar lagi terpaksalah induce. Sebabnya doc takut baby besar dan susah nak teran. Last scan 35w berat baby dah 2.6kg..sihat betul sayang ibu nie.

Ramai yang tegur sekarang muka manis n nampak berseri-seri..mengandung anak perempuan ke?
Diorg tak tau sebelum masuk 3rd trimester muka memang disaster dengan pelbagai masalah kulit, cakap je, kulit jerawat, jerawat batu, jerawat pasir, jerawat nanah, kulit kering, kulit berminyak, kulit kusam sampai nak keluar rumah malu n malas. 
Bukan setakat dimuka, dibadan, leher, dada..masyaAllah banyak.
Tup tup masuk 3rd trimester semuanya hilang, macam magic.
Tuan badan pon perasan jugak, sekarang muka nampak glowing n manis (lempang sedas sebab perasan..kah3)

Selain tu, masalah yang tak berkurang-kurang adalah alahan pada kulit kaki, gatal teramat sangat, punya lah garu pakai sikat sampai berparut-parut kaki. Nasib badan.
Semasa 34w nurse puji, molek perut takde pecah (bangga kejap) sekarang masuk 37w ++ amik kau, rasakan kulit pecah everywhere...hoyehhh
Sapu minyak kelapa dara pon tak jalan. Lepas bersalin kena sapu ubat parut di kaki dan perut, malu dekat suami tengok isteri banyak sticker..hehe

Doakan saya mudah bersalin, anak sihat, sempurna fizikal dan mental, ibu pon sihat.
Cepat keluar sayang, minggu nie tau..hehe bole pulak pujuk baby suruh keluar cepat.
Semoga segala urusan dipermudahkan. aminn



Khamis, 5 Mei 2016

Pregnancy journey: Maternity photoshoot



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, kandungan sudah berada di minggu ke-35,
Nervous teramat sangat sebab kebanyakkan beranak sulung pada minggu ke-37.
Mak pulak beranak sulung minggu ke-38.
Ya Allah, permudahkanlah proses bersalin aku nanti.aminn
Saya memilih untuk bersalin di Penang, kampung halaman tercinta.
Saya akan bersalin di Hospital Bukit Mertajam, InsyaAllah.
Kerajaan sahaja sebab eden tak mampu swasta, belom ada rezeki lagi.
Dah soal siasat 2-3 orang, semua cakap bersalin di Hospital Bukit Mertajam, bidan perempuan yang sambut kelahiran..Alhamdulillah.
Semoga Allah s.w.t memelihara auratku.

Dalam banyak-banyak trimester, bagi saya, trimester ketiga paling mencabar, sebab trimester pertama saya kurang alahan, masih kuat lagi nak buat kerja dan uruskan rumah tangga. Sepanjang trimester ketiga nie, badan mula sakit, tido tak selesa, kejang otot, pedih ulu hati..saya bukan merungut tau tapi gtau perkara sebenar.
Paling tak best bila tido malam, pusing sini tak kena, pusing sana tak kena..kalau tido terlentang mulalah sesak nafas, sekarang nie paling tak selesa sakit belakang hingga ke tulang pinggul..sakit teramat-amat. Makan pon tak berapa selera. Bagi saya, trimester kedua adalah waktu yang paling selesa, bertenaga dan nafsu makan macam dinasour.Bersabarlah demi anak tercinta.
Lagi beberapa minggu je lagi ibu nak tengok awak sayang. Ya Allah peliharalah anak yang berada di dalam kandunganku dan selamat dilahirkan..amin.

Dua tiga hari nie perut terasa sakit-sakit macam senggugut plus sembelit, cirit-birit dan perut sentiasa mengeras, memang sakit, hanya tuhan je tau.
Daripada sumber pembacaan, itu adalah latihan contraction atau dikenali sebagai braxton hicks.
Selalu terjadi pada usia kandungan 34-35weeks.Mungkin macam nie kot rasanya sakit nak beranak...huhu
Jangan keluar lagi sayang, tunggu awak betul-betul matang baru keluar tau.
Alhamdulillah, hari nie g cek perut semuanya okeh cuma hb pulak low kurang 0.3 je untuk ke normal. Hari ini dalam sejarah hb low, sebelum-sebelum nie bacaan semua cantik.
Takpelah, mungkin cara pemakanan kot tak betul..hehe

Tujuan utama entry nie nak cerita pasal maternity photoshoot yang ktorg snap sebelum balik penang, masa tu kandungan baru 32weeks.
Saya paksa suami jadi photographer dan tukang edit gambar saya sendiri..keh3
Syok sendiri jelah, asalkan ada gambar disimpan buat kenangan.
Lokasi tempat biasa iaitu Pantai Sepat, port ktorg picnic n lepak.
Makeup sendiri, tempek itu ini sikit...siapppp

 Tengok apa tu kak..hehe

 Gambar dari pandangan depan nampak macam tak pregnant.

 32weeks, comel sangat perut..perhatikan hidung kembang mekar, orang cakap itu tandanya anak lelaki..apa-apapon kita tunggu nanti..jeng...jeng..jenggg

 Anak ibu dan ayoh..baby EW, InsyaAllah

 Semua orang tak percaya waktu nie dah 7 bulan ++ sebab perut kecik sangat.
Takpe, asalkan anak ibu sihat.

Doakan semoga ibu dan baby selamat, dipermudahkan urusan bersalin..aminn

Terima kasih, sayang awak sangat-sangat suamiku sebab sanggup snap gambar gedik isterimu ini, keh3. Tak pernah merungut apa yang saya nak makan, kadang-kadang tengah malam saya lapar, awak ajak keluar makan. Saya order itu ini ikut tekak saya, awak bayarkan. Tolong kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju, sidai kain waktu saya tak larat dan saya tau awak pon penat jugak sebab baru balik kerja..maafkan isterimu.
Nak senaraikan kebaikan suami memang tak habis la jawabnya.
Semoga anak kita menjadi insan yang berguna dan taat pada Allah, ibu n ayoh.

Terima kasih banyak-banyak kepada ayah dan mak yang banyak korbankan masa dan wang untuk menyambut cucu sulung, murni tau mak dan ayah sangat excited.
Murni nak apa semua mak ayah bagi, nak makan apa semua mak ayah belanja.
Tak terbalas jasa mak ayah dari kecik sampai sekarang membesarkan dan memanjakan murni. InsyaAllah murni akan jaga mak ayah sampai tua..Doakan anak dan menantu mak ayah berjaya dunia dan akhirat.Murni sayang mak ayah..sob..sob..sob

Counting days..