Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 17 Jun 2016

Pengalaman bersalin anak sulung


Assalamualaikum w.b.t
Ibu terlebih rajin nak update blog harinie, sambil pangku anak tengah menyusu,
Tangan sebelah menaip...hebat kan kalau dah jadi mak mak nie.
So, harinie nak cerita pengalaman melahirkan zuriat yang pertama.
Kalau tak taip sekarang takut nanti lupa pulak, al-maklumlah lepas bersalin banyak urat yang putus.

So, kita cerita kejadian seminggu sebelum bersalin, sangat tragis..hahaha
Bila ingat semula kelakor plop. Saya nie sangat sukakan binatang dan tak takut binatang, memang famous sebagai penangkap tikus yang berjaya.keh3
Seminggu sebelum bersalin ada tikus terperangkap dalam tandas,bermulalah misi menangkap tikus menggunakan tangan ye, cuma lapik pakai plastik untuk protection...misi berjaya yang tak berjaya tercedera digigit tikus di jari, masyaAllah darah jangan cakap lah mencurah-curah keluar. Disebabkan pregnant ayah terus bawak g KPJ, nasib baik ada Prudential medical card, caranya pay n claimed. So, bil hospital adalah FREE.
Tak pasal-pasal kena cucuk di lengan..sakit oooo

Apa tanda-tanda sebelum bersalin? Saya tak turun tanda pape, tengahari tu ayah balik hantar makanan, 'Nasi kandaq' tuhhhh, ayah cakap kawan ayah belanja, kawan ayah bersungguh-sungguh nak belanja orang pregnant. Makan lah nasi tu dengan penuh selera sampai abis.
Elok habis je, dalam 5minit tetiba perut sakit sangat-sangat-sangat.Tahan lagi n fikir mungkin nak terberak kot sakit perut nie, tapi sakit tu bertambah-tambah sampai kepala pening rasa loya, pastu tetiba rasa nak muntah, bermula lah episod muntah tanpa terkawal. Memang muntah berkali-kali sampai perut kosong, perut pulak sakit teramat sangat.
Dalam sejam jugak menahan sakit, akhirnya call ayah ajak g hospital.

Sampai hospital terus ke wad bersalin, diorg suruh salin baju pink hospital yang comel tu, kemudian kena cek laluan, bukaan dah 2cm, kalo ikutkan 2cm untuk anak pertama mau 2-3hari baru beranak, disebabkan ward banyak katil kosong, tak pasal-pasal kena tahan, yang ajaibnya petang tu tak sakit langsung perut, main acah-acah je. Bermalam lah di ward, doc datang cek Laluan untuk kali kedua, sebelum nie nurse yang cek, takde sakit sangat, rasa tak selesa je. Turn doc cek masyaAllah sumpah sakit sangattttttt, doc cakap 'bukaan masih lagi 2cm, saya bantu bukakan sikit eh.' Mak aiii tu bukan bantu tapi menyiksa zahirku. Doc gtau esok kita tengok bukaan macam mana.
Aritu jugak gtau suami suruh balik penang, suami sampai malam pukul 11 tapi tak boleh jumpa sebab bukan waktu melawat.

24/6/2016-30/6/2016 (warded)

Esok pagi bangun nak mandi n solat subuh, saya tengok panties penuh darah, patut sakit cek laluan tu tak hilang, rupanya dah cedera bahagian dalam, memang sakit sangat-sangat.
Lepas bersihkan n g solat (selagi tak beranak n keluar nifas, selagi tu diwajibkan solat walaupon tengah sakit or ketuban dah pecah) doc panggil sekali lagi untuk cek laluan, waktu nie rasa dunia gelap seketika sebab dah fobia cek laluan, dengan luka bahagian dalam masih lagi sakit. Tapi terpaksa serah diri, kali nie rasa macam nak terajang je doc tu, (maafkan saya menggunakan bahasa tidak sopan), sakit cek laluan kali nie rasa macam nak meronta-ronta, kesakitan tahap maksimum...hahhhh amek kauuuu
Doc siap cakap' sabar puan, tahan sikit',masalahnya sakitttt. Malangnya bukaan masih 2cm, takde progress. So, doc suggest esok kalo bukaan masih 2cm diorg nak masukkan ubat induce. Terpaksa bermalam lagi di hospital.Harinie best sikit sebab dapat jumpa suami, sepanjang waktu melawat suami temankan. Macam-macam cerita kongsi dengan suami, yelah last jumpa waktu suami hantar balik penang, waktu tu baru 33weeks, dekat sebulan lebih jugak tak jumpa suami, rindu sangat-sangat. 

Jam pkul 6.30 pagi, nurse datang gtau suruh bersiap sedia untuk masukkan ubat induce, dunia gelap sekali lagi sebab ubat tu akan dimasukkan melalui kemaluan. Saya bangun siapkan diri semua, pukul 7.30 pagi nurse panggil nama untuk cek laluan, saya perati takde pon doc pmpn semalam dalam bilik tu, yang ada sorang lelaki, tak kan doc nie kot yang cek laluan..ye memang doc tu yang akan cek laluan, nak taknak memang kena sebab doc lain masuk pkul 8pagi. Bermulalah benda paling ngeri iaitu cek laluan, ajaibnya doc lelaki nie cek langsung tak sakit, doc pon cakap, 'ok xperlu induce, bukaan dah 4cm, awak g sarapan dulu, siap barang untuk masuk ke labour room'. Walaupon bukaan dah 4cm tapi saya langsung tak rasa sakit, sakit kena seluk dengan doc perempuan tu lagi sakit.
Nurse suruh sediakan pad bertali 2pcs, 'alamak saya tak beli pulak pad bertali tu'. Akak sebelah katil sangat baik hati, dia cakap 'adik takpe, amik je yang akk, akk bawak banyak'..Alhamdulillah terima kasih kak, kita tak sempat kenal sebab elok akak masuk saya dah kena masuk ke labour room. Nurse pon datang hantar air susu segelas dan mee goreng untuk sarapan pagi. Saya pon makan sampai habis takut dalam labour room nanti lapar.Peraturan dalam labour room takleh makan n minum.

Bermulalah pengalaman duduk didalam labour room selama 7jam. Masuk labour room jam 8pagi. Elok masuk je labour room, kena tanggalkan semua pakaian dan pakai baju bertali tanpa ikat, barang kemas semua kena bukak. Alat monitor jantung baby (CTG) diletakkan di perut. Disebabkan saya pembawa GBS+, antibiotik diberi melalui drip. Kemudian datang lagi doc untuk pecahkan ketuban. Doc gunakan stick plastik panjang masukkan kedalam kemaluan, tetiba pop terus rasa air panas mengalir dengan laju. Setelah antibiotik habis, diorg datang cek laluan lagi, nurse siap cakap lagi 'kenapa saya tengok hang nie macam tak sakit langsung ja, selalunya lepas ketuban pecah akan datang sakit contraction at least sikit, hang nie macam rilex ja'..masalahnya memang tak rasa sakit langsung, rasa mengantuk adalah. Laluan masih lagi 4cm padahal waktu tu dah pukul 12.30 tengahari.
So,  dengar diorg bincang pkul 1.30 petang diorg nak induce melalui drip. Pkul 1.00 tetiba sister datang bawak cawan, katanya mak kasi air akar fatimah suruh minum, kebetulan sister tu kawan mak boleh lah diorg seludup air masuk, kalo ikutkan memang doc tak kasi minum air selusuh ke apa. Tapi minum dah lewat, lagi setengah jam je lagi nak kena induce memang takde kesan papelah. Sepanjang dalam labour room memang ngeri dengar orang lain beranak, siap jerit-jerit lagi. Terus hati rasa nak menangis, tambahan pulak dengan suasana macam tu, dah la first time beranak takde pengalaman. Bila dengar je suara baby n bapa dia azankan lagilah rasa sayu sangat. Belom lagi dengar orang depan kena induce, menjerit-jerit panggil nurse gtau sakit..sakit..sakit. Saya tak kena lagi waktu tu, lagilah rasa seram ya amat. Nurse datang sekali lagi untuk keluarkan air kencing, part nie memang nyilu sebab getah panjang dimasukkan melalui saluran kencing, panjang kot. Nurse tekan-tekan pundi kencing untuk keluarkan. Dua kali kena, sekali lagi semasa tengah teran..fuhhh

Tepat jam 1.30 petang, nurse datang pasangkan drip untuk induce, redho je dan berharap janganlah jerit-jerit macam akk depan tu. Setelah dipasang dalam 1 jam baru rasa perut sakit ala-ala senggugut, tapi kesakitan tu 15minit sekali, kemudian masuk jam kedua kesakitan mula kuat, 5minit sekali, masuk je jam ketiga, masyaAllah kesakitan yang tak dapat digambarkan dan kerap, sampai menggeletar badan tahan sakit tapi mulut diam. Pegang je besi katil sekuat yang boleh sebab sakit sangat, cuma dalam hati sentiasa baca doa mudahkan bersalin. Nurse pon datang cek, 'kenapa diam sangat, tak sakit ka?', saya pon cakap 'sakit sangat dah nie'. Nurse pon panggil doc, doc cek laluan dah 7cm-8cm, dia pon tak sure, terus doc cakap ' ok, panggil suami masuk, dah bole siap sedia untuk teran', Akhirnya suami masuk rasa bersemangat sikit. Bermulalah adegan sorak menyorak, lebih kurang 4 orang bidan dan 2 orang doc bagi semangat untuk teran. Waktu tu rasa mengantuk sangat plus perut sakit sangat, ternyiang-nyiang suara kiri kanan telinga, suami bagi semangat ' syg kuat, syg boleh, teran syg..sikit lagi, teran lagi syg', doc pulak ' teran panjang-panjang, curi nafas teran lagi, good lagi teran lagi', bidan pulak ' teran macam nak berak sembelit tu, teran kuat-kuat, panjang-panjang, bukak mata jangan tidoq'.
Maybe sebab pendarahan, rasa lemah, mata macam nak terlelap, nurse siap suruh suami basuh muka. Setiap kali sakit, saya berusaha untuk teran, akhirnya bila kepala baby saya dapat sentuh, terus rasa kekuatan datang untuk teran lagi dan lagi tapi dalam keadaan mengantuk dan akhirnya keluarlah anak ibu putih melepak, menangis kuat.Syukur Ya Allah.
Nurse potong tali pusat dan tanya baby apa, baby boy ibu yang comel.
Hilang segala kesakitan, elok nurse letak atas dada terus berhenti menangis, suami pon azankan zuriat kami. Terima kasih abang sentiasa ada untuk syg.

Part kena jahit tu ngeri jugak, jahit di bahagian dalam tak rasa apa sebab diorg cucuk ubat kebas, bahagian luar bole rasa satu-satu isi kena cucuk..dah lah luka banyak sebab terkoyak, banyak pulak jahitan kena..redho.
Baru rasa begitu besar pengorbanan emak lahirkan anak, terus terbayang macam mana diorg anak sampai 16 tu, myb diorg beranak mudah, rasa nak beranak baru datang hospital rasanya.hehe
Trauma jugak rasanya beranak sulung nie, tapi kalo ada rezeki lagi saya terima sebab beranak memang sakit, memang takleh lari dari sakit. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk merasai bersalin secara normal walaupon terpaksa di induce.
Sambungan next entry, di tahan di ward selama seminggu.

Kesian anak ibu, lahir-lahir muka bertanda, harap-harap bukan tanda kekal n besar nanti hilang..aminn



Tiada ulasan: