Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 5 Mei 2016

Pregnancy journey: Maternity photoshoot



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, kandungan sudah berada di minggu ke-35,
Nervous teramat sangat sebab kebanyakkan beranak sulung pada minggu ke-37.
Mak pulak beranak sulung minggu ke-38.
Ya Allah, permudahkanlah proses bersalin aku nanti.aminn
Saya memilih untuk bersalin di Penang, kampung halaman tercinta.
Saya akan bersalin di Hospital Bukit Mertajam, InsyaAllah.
Kerajaan sahaja sebab eden tak mampu swasta, belom ada rezeki lagi.
Dah soal siasat 2-3 orang, semua cakap bersalin di Hospital Bukit Mertajam, bidan perempuan yang sambut kelahiran..Alhamdulillah.
Semoga Allah s.w.t memelihara auratku.

Dalam banyak-banyak trimester, bagi saya, trimester ketiga paling mencabar, sebab trimester pertama saya kurang alahan, masih kuat lagi nak buat kerja dan uruskan rumah tangga. Sepanjang trimester ketiga nie, badan mula sakit, tido tak selesa, kejang otot, pedih ulu hati..saya bukan merungut tau tapi gtau perkara sebenar.
Paling tak best bila tido malam, pusing sini tak kena, pusing sana tak kena..kalau tido terlentang mulalah sesak nafas, sekarang nie paling tak selesa sakit belakang hingga ke tulang pinggul..sakit teramat-amat. Makan pon tak berapa selera. Bagi saya, trimester kedua adalah waktu yang paling selesa, bertenaga dan nafsu makan macam dinasour.Bersabarlah demi anak tercinta.
Lagi beberapa minggu je lagi ibu nak tengok awak sayang. Ya Allah peliharalah anak yang berada di dalam kandunganku dan selamat dilahirkan..amin.

Dua tiga hari nie perut terasa sakit-sakit macam senggugut plus sembelit, cirit-birit dan perut sentiasa mengeras, memang sakit, hanya tuhan je tau.
Daripada sumber pembacaan, itu adalah latihan contraction atau dikenali sebagai braxton hicks.
Selalu terjadi pada usia kandungan 34-35weeks.Mungkin macam nie kot rasanya sakit nak beranak...huhu
Jangan keluar lagi sayang, tunggu awak betul-betul matang baru keluar tau.
Alhamdulillah, hari nie g cek perut semuanya okeh cuma hb pulak low kurang 0.3 je untuk ke normal. Hari ini dalam sejarah hb low, sebelum-sebelum nie bacaan semua cantik.
Takpelah, mungkin cara pemakanan kot tak betul..hehe

Tujuan utama entry nie nak cerita pasal maternity photoshoot yang ktorg snap sebelum balik penang, masa tu kandungan baru 32weeks.
Saya paksa suami jadi photographer dan tukang edit gambar saya sendiri..keh3
Syok sendiri jelah, asalkan ada gambar disimpan buat kenangan.
Lokasi tempat biasa iaitu Pantai Sepat, port ktorg picnic n lepak.
Makeup sendiri, tempek itu ini sikit...siapppp

 Tengok apa tu kak..hehe

 Gambar dari pandangan depan nampak macam tak pregnant.

 32weeks, comel sangat perut..perhatikan hidung kembang mekar, orang cakap itu tandanya anak lelaki..apa-apapon kita tunggu nanti..jeng...jeng..jenggg

 Anak ibu dan ayoh..baby EW, InsyaAllah

 Semua orang tak percaya waktu nie dah 7 bulan ++ sebab perut kecik sangat.
Takpe, asalkan anak ibu sihat.

Doakan semoga ibu dan baby selamat, dipermudahkan urusan bersalin..aminn

Terima kasih, sayang awak sangat-sangat suamiku sebab sanggup snap gambar gedik isterimu ini, keh3. Tak pernah merungut apa yang saya nak makan, kadang-kadang tengah malam saya lapar, awak ajak keluar makan. Saya order itu ini ikut tekak saya, awak bayarkan. Tolong kemas rumah, basuh pinggan, basuh baju, sidai kain waktu saya tak larat dan saya tau awak pon penat jugak sebab baru balik kerja..maafkan isterimu.
Nak senaraikan kebaikan suami memang tak habis la jawabnya.
Semoga anak kita menjadi insan yang berguna dan taat pada Allah, ibu n ayoh.

Terima kasih banyak-banyak kepada ayah dan mak yang banyak korbankan masa dan wang untuk menyambut cucu sulung, murni tau mak dan ayah sangat excited.
Murni nak apa semua mak ayah bagi, nak makan apa semua mak ayah belanja.
Tak terbalas jasa mak ayah dari kecik sampai sekarang membesarkan dan memanjakan murni. InsyaAllah murni akan jaga mak ayah sampai tua..Doakan anak dan menantu mak ayah berjaya dunia dan akhirat.Murni sayang mak ayah..sob..sob..sob

Counting days..