Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 23 Mei 2016

Pregnancy journey: Ujian MGTT & Ujian BSP


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah masih lagi rajin untuk update blog,
Kandungan berada di minggu ke-37 dan 5hari.
Sayang ibu taknak keluar lagi, cepat lah keluar sayang, tak sabar nak gomol awak.
Buat masa sekarang nie makan sangat lalu, berat pon naik dengan jayanya.
Dah baca tajuk mesti dah tau kan saya nak share pengalaman apa.

Ujian MGTT ( Modified Glucose Tolerance Test) atau dikenali sebagai ujian kencing manis (minum air gula). Sejarah family, mak ayah takde pon kencing manis. So, ingat terlepaslah daripada minum air gula, tapi disebabkan makan lalu, berat naik daripada 45kg-59kg (semasa 35w) sekarang dah 60kg (37w), doc arahkan waktu 35w kena buat ujian MGTT nie..oh maiiiiii memang berat hati sangat nak buat.Puncanya, berat naik mendadak.

So, semasa 35w saya dah balik ke penang, sambung buat pemeriksaan mingguan di penang. Sehari sebelum ujian, start pkul 10 malam kena berpuasa sampai lah esok hari. Esoknya pkul 7.45 pagi saya dah tercegat depan klinik untuk amik darah, setelah darah diambil, nurse akan kasi secawan air gula suam untuk minum, tips minum air gula, minum dengan sekali nafas, jangan minum sikit-sikit nanti terasa sangat. Dengan sekali teguk habis saya minum, lupa pulak bawak air masak untuk bilas lidah, terasa sampai ke tekak manis. Lepas minum air gula mula lah kepala pening dan terasa loya..nasib baik tak muntah. Untuk amik darah seterusnya kena tunggu 2 jam, disebabkan ayah yang hantar g klinik, saya pon tunggu jelah dalam klinik, kalau datang sendiri dah lama balik tido..hahaha

Seminggu kemudian, dapat call dari klinik, naik je no dah agak dah mesti result air gula tak lepas, memang betul pon, bacaan selepas minum air gula lebih dari normal. Tapi saya akui sepanjang pregnant saya memang berselera, makan nasi kadang-kadang sehari 3pinggan, plus suka makan manis-manis, stok ice cream, coklat mesti sentiasa ada dalam peti. Makanan masam saya kurang. Disebabkan gaya pemakanan tak sihat, pantang nampak makanan kang dah kantoi. Terpaksalah buat Ujian BSP (Blood Sugar Profile).

Ujian BSP nie pulak, sekadar amik darah dihujung jari, berbanding ujian MGTT amik darah satu tube di pelipat lengan. Ujian BSP perlu diambil sehari 4x, memang kerja saya ulang alik g klinik lah, alat BSP tu boleh je beli di farmasi, takdelah mahal sangat dalam rm 100++. Tapi disebabkan kandungan dah 36w waktu tu, macam tak berbaloi nak beli, sebab ujian nie kena repeat 2 minggu sekali..dah dekat nak beranak dah. Macam biasa sehari sebelum, start pkul 10 malam kena puasa, pukul 8 pagi g klinik amik darah dan tengok bacaan gula, next pukul 12 tghari, so sebelum pkul 12 kena puasa 3jam, lepas pkul 8 tu boleh lah nak sarapan. Kemudian pkul 4.30ptg dan 10malam, yang penting 3 jam sebelum amik darah kena puasa, rutin makan teruskan macam biasa. Disebabkan banyak membaca pengalaman orang dalam blog, hari ujian BSP dibuat, jangan sentuh nasi langsung dan makanan or minuman manis, saya makan protein dan sayuran sahaja plus minum air kosong. Result keempat-empat test bebas kencing manis...haha

Tapi ujian BSP nie kena repeat 2minggu sekali, next 31/5/2016 nanti, harap-harap sebelum 31hb baby dah keluar.aminnn
Rutin mingguan bila masuk trimester ke-3, kena ulang alik g klinik seminggu sekali.
Malas betul rasa tapi demi anak, ibu sanggup tau sayang. Harinie g cek perut macam biasa, semuanya normal, nurse gtau kepala baby dah masuk laluan antara tulang pelvis, maksudnya baby dah engaged, dah bersedia untuk keluar..Alhamdulillah, bertambah excited ibu tau. Tapi belom turun tanda-tanda or sakit, kita tunggu jelah.
Disebabkan ujian MGTT tak lepas, saya dikategorikan sebagai pre- diabetes, so bila kandungan cukup 40w baby taknak keluar lagi terpaksalah induce. Sebabnya doc takut baby besar dan susah nak teran. Last scan 35w berat baby dah 2.6kg..sihat betul sayang ibu nie.

Ramai yang tegur sekarang muka manis n nampak berseri-seri..mengandung anak perempuan ke?
Diorg tak tau sebelum masuk 3rd trimester muka memang disaster dengan pelbagai masalah kulit, cakap je, kulit jerawat, jerawat batu, jerawat pasir, jerawat nanah, kulit kering, kulit berminyak, kulit kusam sampai nak keluar rumah malu n malas. 
Bukan setakat dimuka, dibadan, leher, dada..masyaAllah banyak.
Tup tup masuk 3rd trimester semuanya hilang, macam magic.
Tuan badan pon perasan jugak, sekarang muka nampak glowing n manis (lempang sedas sebab perasan..kah3)

Selain tu, masalah yang tak berkurang-kurang adalah alahan pada kulit kaki, gatal teramat sangat, punya lah garu pakai sikat sampai berparut-parut kaki. Nasib badan.
Semasa 34w nurse puji, molek perut takde pecah (bangga kejap) sekarang masuk 37w ++ amik kau, rasakan kulit pecah everywhere...hoyehhh
Sapu minyak kelapa dara pon tak jalan. Lepas bersalin kena sapu ubat parut di kaki dan perut, malu dekat suami tengok isteri banyak sticker..hehe

Doakan saya mudah bersalin, anak sihat, sempurna fizikal dan mental, ibu pon sihat.
Cepat keluar sayang, minggu nie tau..hehe bole pulak pujuk baby suruh keluar cepat.
Semoga segala urusan dipermudahkan. aminn