Perkahwinan

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 22 November 2017

Khabar gembira




Assalamualaikum w.b.t
Setelah setahun lebih menyepi akhirnya saya merajinkan diri untuk menaip,
Ya Allah lama betul tak menaip, anak sulung pon dah masuk 1 tahun 6 bulan,
last entry masa lahirkan Elman tahun lepas...hehe
Tahun nie dah muncul baby baru, tak sangka untuk anak kedua Allah bagi rezeki awal, Alhamdulillah syukur Ya Allah, doakan baby dalam kandungan saya sihat dan selamat, InsyaAllah baby 2018.

Besar dah dia, mata sepet anak apek :)
Bakal jadi abang long nanti, Alhamdulillah

Ibu Ayah sayang Elman sangat-sangat tau <3 p="">

Sebelum tu nak throwback cabaran membesarkan Elman Waseem nie,
Alhamdulillah ktorang hadapi bersama-sama dengan tenang, letih tu sudah pasti tapi besar pahala yang kitorang dapat..InsyaAllah

Sebaik saja El lahir, keesokannya El diserang demam kuning, bacaan kuning El bagi baby yang tak sampai 24jam lahir kira sangat tinggi, Ibu dan El kena warded selama seminggu di wad kanak-kanak, bayangkan lah anak sulung, sakit berjahit pon masih basah nak kena jaga baby kuning sendiri, perasaan masa tu sangat beremosi tau. Then ibu merayu dekat doc untuk balik akhirnya doc lepaskan ibu balik dan jaga El dirumah, lega sikit.

Tapi episod kuning El tak berakhir dekat situ, semakin hari semakin tinggi, sampai penah cecah bacaan 306, hampir kena warded untuk kali kedua, ibu risau sangat waktu tu, tapi doc bagi kelonggaran untuk jaga dirumah sahaja, esoknya pergi cek kuning semula, ajaib sangat dari bacaan 306 bertukar kepada 180 dalam masa 24jam, Alhamdulillah berkat doa ibu (yeke..hehe)

El disahkan Prolong jaundice, kuning El hilang bila cukup 30 hari, bacaan terakhir 104, bertapa tabahnya ibu setiap hari ulang alik klinik kesihatan untuk cek kuning plus ulang alik hospital untuk test darah. Test darah kali pertama sangkut sebab bacaan untuk thyroid rendah sikit dari normal, kena ulang lagi test darah. Wan yang setiap hari hantar kita berdua g klinik, ayah El kerja di kuantan sob..sob..Keadaan masa tu dah tak macam orang pantang, jalan laju sampai kena tegur dengan nurse, padahal masa beranak kena 10 jahitan, tak sempat gunting, koyak sendiri..huhu

Selepas baik dari kuning, ktorg pon balik ke Kuantan, masa di Kuantan bermula lah fasa 'sawan tangis' yang berlarutan sehingga 5 bulan, masa tu jangan cakap lah stress teramat sangat, saya jaga El sorang-sorang dekat rumah, ayah El kerja..sob..sob..waktu pagi ok tido je budak nie, bila sampai waktu maghrib menangis tanpa henti selama 4 jam, bila dah penat baru berhenti dan tido, macam-macam cara ktorg buat, berapa banyak ustaz dah jumpa tetap tak menjadi, Itulah fasa paling mencabar sepanjang menjaga El.

Selepas kawen tengok orang ada anak macam best je, kalau boleh nak anak cepat-cepat, tak terlintas langsung anak akan kena macam-macam, banyak sangat tengok drama, lepas bersalin boleh terus balik rumah jaga anak dengan aman dan gembira..hakikatnya kehidupan kita bertukar 360 darjah, no more tidur nyenyak..selagi anak tak tidur selagi tulah kena berjaga.
Patutlah Allah bagi ktorg anak lambat, sebab ada anak nie betul-betul menguji kesabaran.

Episod sawan tangis berakhir tepat umur El 5 bulan, lama tau ktorang hadap benda nie, sampai jiran-jiran pon kenal El (budak kuat nagis), suara dah la volume tinggi, Ibu punya level kesabaran berapa kali tersasar, nasib baik ada ayah El (kalau tak, tak tau lah apa yang bakal terjadi).

Ohh lupa cerita, semasa lahir El ada tanda lahir pekat sangat atas dahi, kelopak mata dan bibir dikenali sebagai hemangioma. Kes nie kira tak normal lah untuk baby ada tanda lahir pada muka, besar dan banyak pulak tu, bermula lah episod check up di hospital setiap 4 dan 6 bulan sekali, sebelum check up pelbagai test El kena buat, ultrasound, test penglihatan lah, memang kerja ktorg ulang alik kk dan juga hospital. Alhamdulillah cukup umur setahun El dah boleh discharge, doc cakap El normal, hemangioma tu cuma ada di lapisan kulit luar sahaja dan tak mengganggu organ dalaman, hemangioma jenis tak aktif, akan hilang dengan sendiri bila El dah besar nanti.

Alhamdulillah ya Allah..El membesar macam kanak-kanak normal yang lain, ktorg risau jugak takut perkembangan El terbantut (mintak dijauhkan), El sekarang membesar dengan ensem dan comel sebijik muka cina, tapi ramai panggil budak korea sebab ada iras-iras minguk. sampai orang ingatkan ktorg amik anak angkat..haha

Disebalik dugaan yang ktorg hadapi, saya yakin ada orang yang lebih teruk lagi diduga, ktorg sentiasa bersyukur, kecik sangat ujian ktorg, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa ktorg yang lalu, El pon bakal jadi abang tak lama lagi, Terima Kasih ya Allah atas rezeki yang engkau berikan, tak sangka pula secepat ini.




Wajah kesayangan ibu..Elman Waseem


Tiada ulasan: